Tuesday, January 18, 2011

Saintis cipta 'cecair perisai'

Menarik! mungkin kerajaan Malaysia boleh beli untuk tentera kita.

GAMBAR atas menunjukkan fiber Kevlar dalam
pembuatan jaket kalis peluru mempunyai kesan hentakan
peluru yang sedikit kerana dicampur dengan 'cecair perisai'.
LONDON - Sekumpulan saintis mencipta sejenis bahan rahsia yang menyerap kekuatan peluru bagi melindungi tubuh askar, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Bahan rahsia itu membolehkan jaket kalis peluru akan menjadi lebih ringan sekali gus memberikan lebih banyak perlindungan kepada askar di medan pertempuran.

Kekuatan bahan rahsia itu dipamerkan dalam satu pameran pertahanan di sini baru-baru ini.

Teknologi itu yang digelar sebagai 'cecair perisai' dicipta oleh sekumpulan saintis dan jurutera di syarikat pertahanan keselamatan Britain, BAE.

Jurucakap BAE, Stewart Penney berkata: "Teknologi itu boleh dijelaskan melalui cara mengacau air dengan sebatang sudu."

Menurutnya, dalam air, anda akan berasa sedikit tentangan ke atas sudu sama seperti dengan 'cecair perisai' itu yang menyebabkan seseorang akan berasa sedikit tekanan.

No comments:

Post a Comment