Friday, January 21, 2011

Program Simulasi oleh CBR Network Malaysia di Traders Hotel

CBR Network Malaysia telah diminta oleh pengurusan Traders Hotel untuk melakukan Program Simulasi kepada kakitangan hadapan hotel berkenaan.

Program simulasi tersebut telah diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada 11 dan 14 januari 2011.

Bertempat di bilik kursus kakitangan di tingkat 9 hotel tersebut, seramai 16 orang kakitangan telah secara sukarela menghadir program simulasi tersebut.

Program tersebut bermatlamat supaya semua kakitangan hotel tersebut memahami situasi, kekangan dan kekurangan yang dihadapi rakan sekerja mereka yang kurang upaya. Terdapat seramai 5 orang pekerja kurang upaya di hotel tersebut iaitu seorang kurang upaya fizikal (kerdil) dua orang kurang upaya akal dan dua orang kurang upaya pendengaran.

Program pada 11hb Januari 2011 dijalankan oleh Cik Fauziah Tahar, Encik Mohd Yusof Tawil, Encik Mohd Syahrulikram Mohd Yasin dan Encik Mohd Shah Rizal Mah @ Man

Program bermula jam 3:00 petang dan berakhir pada jam 5:00 petang.




No comments:

Post a Comment