Pengarah JKMN Selangor sedang menyampaikan taklimat. |
Pada 30hb Disember 2010 (Khamis) satu majlis perjumpaan antara Pengarah JKMN Selangor dengan Pengerusi-pengerusi PDK dalam Negeri Selangor bertempat di Dewan Impian 1, hotel UiTM Shah Alam.
Majlis yang bermula jam 9:30 pagi tersebut berakhir pada jam 1:00 tengahari.
Pengarah JKMN Selangor iaitu Tuan Haji Adnan Abu Bakar telah menyampaikan taklimat dan penerangan mengenai PDK, rancangan dan aktiviti-aktiviti yang akan dibuat sepanjang tahun 2011 nanti, selama lebih kurang 90 minit.
Turut hadir ialah Puan Eny Edayu Mat Ali, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan OKU (BPOKU) dan Puan Nur Adila Fakhrudin Pegawai Penyelaras PDK Negeri Selangor.
Semua Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dan Pegawai Penyelaras PDK Daerah juga dijemput hadir untuk mendengar taklimat, rancangan dan aktiviti yang bakal diadakan sepanjang 2011 nanti.
Kemudian diikuti dengan sesi soal jawab selama 60 minit, yang memberi peluang kepada seramai 5 orang Pengerusi untuk bertanya mengenai kemusykilan masing-masing. Dua orang Pengerusi bertanyakan sebanyak 5 soalan dan masing-masing seorang 4 soalan, 3 soalan dan satu soalan.
elok di masukkan sekali soalan beserta jawapn tu kat sini bro. yg tak di jemput hadir (sebab tak berkenaan) boleh la juga tahu
ReplyDeleteTengah susun
ReplyDeleteComing soon