Thursday, January 6, 2011

Lawatan ke LCKB Down Syndrome Center, Kota Bharu

Selepas melawat PDK Bandar Machang rombongan terus ke LCKB Down Syndrome Center (LCKB-Lions Club Kota Bharu).

Setibanya rombongan ke LCKB DSCpada jam 3:00 petang, kami telah disambut oleh dua orang Jawatankuasa Lions Club Kota Bharu beserta dengan 3 orang kakitangan DSC tersebut.

Tidak banyak program yang boleh dilihat kerana pusat tersebut baru sahaja dibina dan operasinya bermula pada November 2010.

Tetapi yang paling menarik ialah DSC telah dibuna dengan bantuan dari LCKB dengan dana pembinaan adalah sebanyak USD75,000.00 dari Lions Club International dan RM800,000.00 lagi hasil sumbangan orang ramai janaan LCKB.

Tanah bagi pusat tersebut adalah sumbangan dari Majlis Agama Islam Kelantan dengan keluasan 1.2 ekar bernilai lebih kurang RM1.3 juta.



Rombongan kemudiannya bergerak meninggal LCKB DSC pada jam 4:15 petang untuk check-in.

2 comments:

  1. wah...dah update yer. mesti banyak lagi atucara2 lawatan yang tak di masukkan ke sini yer... hihihi

    ReplyDelete
  2. adaaaaaaaaaa! banyak lagi

    Wakaf Che Yeh
    Horizon
    Hayaki
    Pasar Khadijah
    Keropok Lekor Bukit Tok Beng
    Banjir (kena pusing balik ikut jalan lain he he heeee)

    ReplyDelete