Syabas jururawat Tapah
2011/01/14
ANAK saya dimasukkan ke Wad Tujuh Hospital Tapah, Perak lima hari akibat demam denggi baru-baru ini.
Alhamdulillah, layanan sangat memuaskan. Saya menunggu anak saya di wad itu dan sepanjang berada di situ ramai pesakit yang masuk keluar silih berganti.
Kakitangan yang bertugas sentiasa menunjukkan komitmen sangat tinggi. Jururawat pula sering memberikan senyuman walaupun ketika itu jam 3 pagi.
Istilah penat dan mengantuk seolah-olah tidak ada dalam kamus pekerjaan mereka. Sememangnya tugas mereka memerlukan kesabaran yang tinggi.
Bayangkan pesakit yang terpaksa diusung ke bilik air kerana membuang air besar di atas tilam, namun senyuman dan kata lembut masih terdengar ke telinga pesakit. Syabas kakitangan wad tujuh yang sungguh dedikasi.
Jururawat pelatih dari sebuah kolej kejururawatan juga belajarlah bersungguh-sungguh daripada jururawat senior. Mereka bertugas dengan baik dan bersemangat. Terima kasih atas jasa bakti kalian. Teruskan prestasi ini seiring dengan cogankata Rakyat didahulukan.
BAPA PESAKIT WAD TUJUH, Tapah, Perak.
p/s: Kalau Penyelia PDK dan Petugas PDK juga dapat berbuat demikian, alangkah bagusnya!!!
No comments:
Post a Comment