Monday, January 17, 2011

Johor Bahru; Lagi kes buang bayi, Kes ke: 12/2011

PUCAT LESI...Masni dan Tina jumpa mayat
bayi hanyut ketika mandi.
JOHOR BAHRU: Umpama nampak hantu, dua kanak-kanak perempuan menggeletar dan menangis selepas mendapati beg plastik hanyut di sungai yang mereka buka mengandungi mayat bayi dipercayai baru dilahirkan, bukan daging lembu seperti mereka sangka.


Dalam kejadian di tebing Sungai Danga di perkampungan Orang Asli, Kampung Bakar Batu, Taman Perling di sini, kira-kira jam 1 tengah hari semalam, Tina Paizal dan Masni John, kedua-duanya berusia sembilan tahun sedang mandi sebelum terlihat satu bungkusan beg plastik mencurigakan di tebing sungai.

Mereka menghampiri bungkusan plastik itu kerana menyangka ia mengandungi barangan berharga sebelum mendapati ia berisi benda seakan-akan daging.

Namun, mereka terkejut besar sebaik membuka beg plastik apabila nampak telinga bayi berkenaan, lalu terus berlari ke rumah dalam keadaan ketakutan.

“Saya ingat daging lembu, rupa-rupanya benda lain. Oleh kerana takut, kami terus berlari pulang ke rumah,” kata Masni yang masih trauma dengan kejadian itu.

Sementara itu, ibu Tina, Merah Lat, 28, pula berkata dia curiga dengan kelakuan anaknya yang pucat lesi dan menggeletar sebelum dimaklumkan penemuan mayat bayi berkenaan.


p/s: yang pastinya, kedua-dua kanak-kanak ini akan trauma, Kaunselor JKM perlu tampil untuk memberi rawatan psikologi kepada mereka.

Cerita lebih lanjut! dapatkan Harian Metro-170111

No comments:

Post a Comment