Tetapi kita perlu ingat, setiap jawatan yang dipegang adalah amanah dan mempunyai tanggungjawabnya yang tersendiri, lagi tinggi jawatan lagi banyak dan besar tanggungjawab. Secara sedar atau tidak setiap perkara yang kita lakukan mesti mempunyai peraturan dan syaratnya, syarat yang paling utama ialah TANGGUNGJAWAB.
Jika seseorang itu dilantik/diamanahkan memegang sesuatu jawatan dalam PDK, contohnya; mereka haruslah menunaikan atau melakukan tanggungjawab/amanah yang ditugaskan apabila menerima jawatan tersebut, jika tidak melakukan tanggungjawab tersebut maka gelaran yang paling sesuai ialah 'JAWATANKUASA TAK BERTANGGUNGJAWAB DAN TAK BERAMANAH'.
Di sini dicatatkan amanah dan tanggungjawab aka tugas sebagai Pengerusi PDK, seperti yang terdapat dalam Buku Garis Panduan Pengurusan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pada tahun 2003:
- Mempengerusikan semua mesyaurat atau perjumpaan yang diadakan oleh Jawatankuasa PDK.
- Memastikan elaun dan KWSP Penyelia PDK dan Petugas PDK dibayar dan dicarumkan mengikut tarikh yang ditetapkan.
- Memastikan Pengurusan Kewangan PDK mematuhi prosedur kewangan yang ditetapkan.
- Memastikan pengurusan inventori dan kenderaan PDK (jika ada) mematuhi peraturan yang ditetapkan.
- Menjadi Ahli Panel Penilaian Prestasi Pelatih-Pelatih PDK dan merancang program yang bersesuaian dengan prestasi pelatih-pelatih tersebut.
- Memastikan perlaksanaan program PDK mematuhi Garis Panduan Pengurusan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia tahun 2003.
- Menganggotai Jawatankuasa PDK Negeri.
- Menghadiri Mesyuarat PDK dan program PDK yang dikendalikan oleh jabatan Kebajikan Negeri atau Malaysia.
- Merancang program PDK bersama Ahli Jawatankuasa PDK.
- Memastikan kakitangan di PDK bekerja dalam keadaan yang baik dan selesa serta mematuhi etika kerja yang ditetapkan.
- Memantau bangunan/premis PDK setiap tiga (3) bulan sekali bagi memastikan keselamatan kakitangan PDK dan pelatih PDK.
- BERUSAHA MENCARI SUMBER KEWANGAN bagi menambah kewangan PDK.
- Sentiasa berhubung dengan pegawai dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah/Negeri/Malaysia dan komuniti setempat untuk mewujudkan hubungan yang mesra dan erat.
- Bertanggungjawab memastikan Mesyuarat Jawatankuasa PDK diadakan sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.
- Bertanggungjawab memastikan Ahli Jawatankuasa PDK menjalankan tugas-tugas yang diarahkan.
- Bertanggungjawab memastikan PDK sentiasa ceria dan maju.
- Menjalankan lain-lain tugas yang diperlukan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah berdasarkan keperluan.
salam en.TYMZ.terima kasih atas info ni.sgt berguna untuk saya pyer seimen dan pemahaman dalam PDK ni.cuma nak minta tulun bg info pasal fungsi jawataankuasa pdk yang lain sebab stakat ni xde yg jelaskan dengan jelas fungsi2 mereka dalam mesyuarat pembentukan pdk.harap sangat jasa baik encik.terima kasih.
ReplyDeleteBoleh tak upload PDF Buku garis panduan pengurusan pusat pemulihan dalam komuniti supaya kami boleh download.
ReplyDelete