Thursday, January 20, 2011

Dr Mahathir lancar Viva Palestina Malaysia Sabtu ini

Berita Haarian; 2011/01/19

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan melancarkan Viva Palestina Malaysia (VPM), sebuah pertubuhan amal bertujuan mencari tindakan segera, resolusi saksama dan mampan berhubung konflik di Palestin, pada jamuan makan malam yang akan diadakan Sabtu ini.

Dr Mahathir berkata, beliau bersetuju untuk melancarkan majlis itu kerana beliau menyokong sesiapa sahaja yang memperjuangkan kesusahan rakyat Palestin terutamanya di Gaza.

VPM (ttp://www.vivapalestina-my.org ) yang ditubuhkan ketika kemuncak kepungan Israel terhadap Gaza pada Disember 2008 adalah gabungan NGO Malaysia tanpa mengira perkauman, agama dan pendirian politik.

Viva Palestina diasaskan oleh George Galloway, bekas Ahli Parlimen Britain yang terkenal dengan kempennya yang penuh bersemangat untuk membantu rakyat Palestin berikutan konflik Palestin-Israel.


"Saya menyokong sesiapa sahaja yang mahu membantu rakyat Palestin," katanya.

Dr Mahathir berkata, inisiatif itu juga sehaluan dengan perjuangan Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO).

PGPO ditubuhkan oleh Dr Mahathir untuk memulakan usaha serius, aktif dan perjuangan menentang perang serta untuk keamanan.

Ditanya pandangannya mengenai bagaimana konflik Palestin-Israel yang berlarutan itu boleh diselesaikan, Dr Mahathir berkata ia adalah sangat sukar jika Amerika Syarikat hanya menyokong Israel.
 
teruskan di:
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DrMahathirlancarVivaPalestinaMalaysiaSabtuini/Article

No comments:

Post a Comment