Kolej Pertama atau Kolej Tun Abdul Razak telah berjaya mengadakan program Astar Caring Day 2011. Tahun ini merupakan kali kelima kanak-kanak dari PDK Selayang dijemput untuk menyertai program tersebut sejak tahun 2007.
Pada asalnya PDK Selayang menamakan seramai 20 orang kanak-kanak berumur dari 5-11 tahun, yang terdiri dari 8 orang kanak-kanak kurang upaya dan 12 orang anak yatim termasuk kanak-kanak kurang bernasib, tetapi hanya 13 orang sahaja yang dapat menyertai program tersebut kerana sebahagian sekolah rendah mengadakan kelas tambahan awal untuk cuti perayaan (hari raya).
Walau apapun Warga PDK Selayang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Astar Caring Day 2011 terutama Pengerusi: Cik Li Ping, Cik Rabiatun Adawiah, Endik Faris Mohd Noor, Encik Fais (sekadar menyebut beberapa nama) yang telah berusaha untuk menjayakan program tersebut sekaligus mengembirakan kanak-kanak yang dijemput hadir.
Warga PDK Selayang mengharapkan agar kanak-kanak dari PDK ini akan dijemput lagi pada tahun-tahun yang akan datang, sepertimana mereka mengharapkan agar adanya Astar Caring yang selanjutnya.
No comments:
Post a Comment