Sunday, December 5, 2010

Operasi menyelamat orang kena tinggal (oleh bas yang disewa)

Satu operasi menyelamat telah berjaya dilakukan oleh unit pengangkutan PDK Selayang apabila seramai 42 penumpang bas dari PDK Taman Seri Gombak, PDK Rawang, PDK Gombak Setia dan PDK Hulu Kelang telah menurunkan mereka di tempat yang salah, pada peristiwa yang berlaku pada hari ini 5hb Disember 2010.

Mereka sepatutnya dihantar ke Bangunan SUK (Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) untuk menghadiri Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Selangor, tetapi oleh kerana berlaku kekeliruan mereka telah turun di Plaza Alam Sentral (dengan menyangkakan program diadakan di bangunan SUK 2). Untuk menyeronokkan cerita bas tersebut berlalu pergi kerana mempunyai satu trip lain, tanpa mengetahui mereka telah tersalah tempat.

Dengan menggunakan van PDK Selayang Ford Econovan tahun 1994, Puan Zuraih Jabar iaitu pemandu PDK Selayang telah mengadakan dua pusingan untuk mengambil mereka dan memastikan mereka sampai untuk bersama memeriahkan program tersebut, dengan pusingan pertama membawa seramai 18 orang dan pusingan kedua membawa 16 orang.

Untuk memudah proses penyelamatan tersebut Penyelia PDK Sri Kundang juga melalui jalan yang sama dan menjumpai sedang menunggu ketibaan van PDK Selayang. Seramai 8 orang dari mereka menumpang van PDK Sri Kundang tersebut.

Apapun, mereka semua ceria dan gembira dapat menghadiri program tersebut dan balik ke tempat masing-masing dengan bas yang sama selepas itu pada jam 1:15 tengahari.

2 comments:

  1. macama mana boleh salah faham bro?

    ReplyDelete
  2. Abih tu! drebar orang Selangor, Kampeni bas persiaran, duduk PJ, ofis Bukit Kemuning, dah masuk skim pencen, kata 28 tahun bawa bas, tapi tak tau SUK tu kat mana, pintu masuk utama lagi tak tau (tak ke Slanga tu!)

    Yang dibawa pula tak tau SUK tu pun sebab tak penah sampai.

    Sampai kat Shah Alam Mall suruh berhenti, tanya kat orang kat kedai mamak tu, yang sampai satu bas turun nanya sape nyuruh, bas dah kosong, dereba gohet le, ape lagi.

    ReplyDelete