Puan Siti Nor Azila (tudung biru) sedang menjalankan latihan kepada salah seorang pelatih PDK sambil dibantu oleh ibunya (tudung coklat) dan seorang sukarelawan. |
Sesi Pemulihan Carakerja dijalankan di PDK Selayang setiap hari dari jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Sesi ini dikonduk oleh Jurupulih PDK Selayang iaitu Puan Siti Nor Azila Saari.
Setiap hari 6 orang pelatih akan menjalani latihan secara individu (One-to-One) dan satu sesi berkumpulan dengan lain-lain pelatih. Setiap hari pelatih yang berbeza akan menjalani latihan secara individu. Purata seorang pelatih akan menjalani latihan bersama pakar sekali seminggu dan 3 kali berkumpulan dalam seminggu.
PDK Selayang meletakkan 2 orang Petugas PDK untuk membantu Jurupulih Carakerja disamping belajar cara-cara dan teknik-teknik yang dijalankan supaya mereka boleh menjalankan sesi ini semasa ketiadaan Jurupulih tersebut.
Sesi One-to-One memerlukan salah seorang ibu/bapa/penjaga hadir bersama-sama dengan anak OKU mereka. Ini supaya mereka juga boleh melakukan latihan yang sama dirumah supaya anak OKU mereka mendapat latihan dan pendedahan yang secukupnya demi kebaikkan mereka juga.
salam.
ReplyDeletekami akan datang 16hb ni:)