Friday, October 15, 2010

Lawatan Kerja Praktikal dan Bakti Siswa Pelajar Institut Pengajian Guru Lembah Pantai

Seramai 8 orang pelajar dari Institut Pengajian Guru Kampus Bahasa Lembah Pantai telah berjaya menamatkan kerja praktikal dan Bakti Siswa mereka di PDK Selayang dari 3hb-9hb Oktober 2010.

Sepanjang mereka di PDK Selayang mereka telah berjaya:

1. Membantu perjalanan Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri 1431H PDK Selayang pada 3hb Oktober.
2. Mengecat semula tembok pagar dengan warna yang lebih menarik dan ceria, dengan kos mereka sendiri.
3. Mengecat pintu pagar besi dengan cat yang telah disediakan.
4. Menghias taman/laman PDK Selayang dengan bunga-bungaan dengan bunga-bunga yang disumbangkan oleh ibu saudara salah seorang dari mereka.

5. Mengadakan pertandingan bowling unified team antara atlit-atlit PDK, Petugas-Petugas PDK bersama-sama dengan mereka di Wangsa Bowl Selayang Mall.
6. Mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Penutup Program Kerja Praktikal dan Bakti Siswa dengan kehadiran dua orang pensyarah mereka.
7. Memberi sumbangan berupa bahan-bahan asas makanan untuk kegunaan PDK Selayang.
8. Mengikuti dan mengalami sendiri bagaimana Petugas-Petugas PDK menjalankan tugas semasa sesi Lawatan ke Rumah Pelatih-Pelatih PDK.

Menurut pensyarah mereka, ini merupakan kumpulan yang paling berjaya dalam kerja praktikal dan bakti siswa mereka dengan sumbangan kewangan yang mereka kumpul sendiri lebih dari RM1,300.00 bagi mereka menjalankan aktiviti-aktiviti dan program-program mereka sepanjang mereka berada di PDK Selayang.

Pengerusi, Jawatankuasa dan Warga PDK Selayang amat gembira dengan aktiviti-aktiviti dan program-program mereka dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada IPG khasnya, pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar mereka terutamanya kelapan-lapan mereka yang telah berjaya menunjukkan kualiti dan tanda aras yang amat tinggi dalam kerja praktikal dan bakti siswa.

Warga PDK Selayang juga berharap agar kerja sama antara PDK Selayang dan IPG ini akan berterusan yang amat memberi faedah kepada kedua-dua pehak terutamanya pelatih-pelatih PDK yang amat memerlukan seorang sahabat, rakan, sparing partner, guru, abang-abang dan kakak-kakak yang memberikan suatu kelainan dalam rutin harian mereka di PDK.

No comments:

Post a Comment