PETALING JAYA: Seramai 40 peserta Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (PDK) adalah antara tetamu istimewa yang diraikan pada majlis rumah terbuka Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang juga Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan di Sungai Buloh, semalam.
Majlis dihadiri hampir 150 tetamu itu turut dimeriahkan dengan pemberian duit raya kepada orang kurang upaya (OKU) dan anak-anak yatim. “Kemeriahan Aidilfitri lebih terasa sekiranya diraikan bersama golongan kurang bernasib baik seperti orang kurang upaya (OKU), anak yatim, ibu tunggal dan warga emas berbanding menyambutnya bersama ahli korporat yang sudah terlalu biasa dilakukan,” kata Sohaimi yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang.
Beliau berharap segenap lapisan masyarakat tidak meminggirkan kebajikan golongan tidak berkemampuan sebaliknya memberi mereka kegembiraan menerusi sedekah duit raya, menyediakan keperluan asas menyambut lebaran dan menganjurkan jamuan hari raya sebagai tanda kasih.
“Kebiasaan menyambut lebaran bersama rakan di hotel besar. Sebaiknya, hayati keberkatan bulan mulia ini dengan berkongsi rezeki dan keceriaan dengan mereka yang lebih memerlukan. Rumah terbuka kali ini paling bermakna buat saya kerana dapat mendekati masyarakat berbilang kaum dan menambahkan keinsafan dalam diri,” katanya.
Berita Harian 19hb Sept 2010.
Warga PDK Selayang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' dan Datin yang memberi peluang kepada OKU, Anak yatim dan Anak Kurang Bernasib Baik bersama-sama merasai dan berkongsi kemeriahan sambutan Eidul Fitri ini. Semoga perkongsian ini akan berterusan dan berpanjangan hendaknya. Kami mendo'akan Dato' dan Datin dilimpahkan kesejahteraan, hidayah dan rahmah dari Allah yang Pemurah lagi Penyayang, Amin.......
No comments:
Post a Comment