Deraian air mata gembira; Oleh Mary Victoria Dass-MyMetro-2010/09/08
(Apa jadi denganketua blok 73 dan ketua penduduk Rumah Pangsa Taman Ungku Yun Aminah serta ketua UMNO Cawangan tersebut yang tidak boleh berfungsi sebagai ketua, GANTIKAN mereka dengan orang yang lebih LAYAK)
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Johor Bahru juga duduk di Taman yang sama-Apa Dah Jadi.......
JOHOR BAHRU: “Kami tidak menjangka Allah membuka pintu rezeki pada Ramadan ini...kami berasa seperti bermimpi apabila rumah kami dipenuhi pelbagai jenis kuih-muih, makanan dan barangan keperluan raya,” kata seorang warga emas, Rahimah Abdul Hamid, 70, semalam.
Rahimah berkata, biarpun sejak lebih 10 tahun lalu, dia bersama kakaknya, Fatimah Abdul Hamid, 72, dan anak saudaranya, Robiah Ahmad, 37, sudah lama tidak berpeluang menikmati kemeriahan Aidilfitri, tetapi Ramadan kali ini membawa berkat apabila mereka tidak menang tangan menerima kunjungan tetamu.
Akhbar ini kelmarin melaporkan kisah duka tiga wanita yang hidup sebumbung yang dianggap sebagai pembawa sial hingga menjadi mangsa pengabaian anak dan dimaki segelintir penduduk sekitar tempat tinggal mereka di Blok 73, Rumah Pangsa Taman Ungku Tun Aminah.
Pakej kesengsaraan wanita dua beradik warga emas berusia 73 dan 70 tahun itu dilengkapkan lagi dengan anak seorang daripada mereka berusia 37 tahun yang sakit mental manakala badannya berkurap.
Lantaran kedaifan tiga bersaudara itu yang terpaksa menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan, ada jiran seagama yang melabelkan mereka sebagai ‘keluarga sampah’.
Menurutnya, sejak pagi, orang ramai yang bersimpati terhadap kisah sedih mereka menghulurkan pelbagai bantuan. Ini dapat mengubati luka di hati selama ini akibat dibuang anak dan dipandang hina masyarakat.
“Saya sebak dengan pemberian ini...biarpun dugaan selama 10 tahun ini cukup besar, namun kami bertambah yakin nasib akan berubah dan berpeluang menjalani kehidupan lebih bermakna selepas ini.
“Tidak perlu lagi kakak saya dan Robiah bersusah-payah mencari makan dengan mengumpul barangan terbuang atau kami memakan dedak jagung ayam untuk mengisi perut setiap hari.
“Kami berterima kasih kepada semua pihak yang sanggup membantu,” katanya sambil menitiskan air mata kegembiraan, semalam.
Tiga wanita itu yang hidup merempat menerima kunjungan kira-kira 15 wakil termasuk daripada Nahar Power Trading; Perniagaan Mutiara Jati; Syarikat Pengangkutan Maju Berhad; Poliklinik Inang, Umno Bahagian Gelang Patah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyampaikan sumbangan bagi meringan beban mereka.
Sumbangan yang disalurkan termasuk duit raya, pakaian, barangan makanan, biskut raya, bantal, tilam, hamper makanan ringan dan tajaan perubatan. Sementara itu, Pengurus Nahar Power Trading, Mohd Naharudin Isa, berkata, pihaknya tersentuh dengan kedaifan tiga wanita itu yang masih ketinggalan di kawasan bandar raya ini.
Menurutnya, bagi tujuan itu, syarikatnya dengan kerjasama Pengurus Perniagaan Mutiara Jati, Mohd Husni Mohd Rusad tidak ketinggalan untuk membantu keluarga itu.
“Bantuan berkenaan adalah sebahagian daripada keuntungan syarikat dan hasil sokongan pelanggan selama ini...oleh itu kami bersyukur kerana mampu menyalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya yang menyumbangkan biskut raya Nahar Power kepada keluarga itu di sini, semalam.
Hadir sama Pengurus Kanan Korporat Syarikat Pengangkutan Maju Berhad, Bamahudin Suliaman; Pengerusi Majlis Kebajikan Wanita, Ibu Tunggal, Warga Emas Gelang Patah, Sadiah Mohd Ajib; Timbalan Ketua Umno Bahagian Gelang Patah, Dr Zaini Abu Bakar; Pegawai JKM, Mohd Faizal Abu Bakar; dan Ketua Biro Harian Metro Johor, Ahmad Nazri Mohamad.
(Apa jadi denganketua blok 73 dan ketua penduduk Rumah Pangsa Taman Ungku Yun Aminah serta ketua UMNO Cawangan tersebut yang tidak boleh berfungsi sebagai ketua, GANTIKAN mereka dengan orang yang lebih layak)
No comments:
Post a Comment