Seramai 16 orang pelajar Jurusan pendidikan Khas dari Universiti Pendidikan Sultan Idris telah membuat lawatan ke PDK Selayang pada hari ini 18hb Ogos 2010.
Tujuan lawatan mereka ialah untuk membuat kajian mengenai:
1. Penglibatan Ibubapa dan Penjaga dalam Sesi Terapi untuk Anak Kurang Upaya mereka.
2. Keberkesanan Terapi untuk Pelatih OKU di PDK.
3. Kekerapan Ibubapa/Penjaga datang ke PDK bersama-sama Anak Kurang Upaya Mereka.
Selain dari itu mereka juga bercadang untuk organise:
1. Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Eidul-Fitri 1432H PDK Selayang yang dicadangkan pada 30hb September 2010.
2. Bowling Tournament antara PDK Daerah Gombak.
3. Outing untuk Pelatih OKU PDK.
4. Melatih kraftangan yang baru kepada Pelatih Remaja OKU PDK.
Semasa lawatan, mereka telah diberi taklimat oleh Encik Mohd Yusof Tawil dan berbincang tentang cadangan mereka bersama dengan Penyelia PDK Selayang iaitu Puan Noraini Othman.
Mereka akan datang lagi pada 21hb dan 30hb September untuk melaksanakan rancangan mereka.
No comments:
Post a Comment