Empat buah PDK dalam Daerah Gombak telah berpakat untuk mengadakan Majlis Berbuka Sambil Beramal dengan kerjasama FR Management & Consultation pada 21hb Ogos 2010 bertempat di Hotel Adamson, Kuala Lumpur.
Selain dari itu mereka juga menjemput Kelas Khas dari Sekolah Menengah Jalan Reko, Kajang menyertai program tersebut bersama.
Setiap PDK telah diperuntukkan antara 20-30 tiket program berkenaan untuk dijual sebagai mengisi tabung PDK masing-masing.
Tiket tersebut dijual pada harga RM60.00 satu dan 50% dari jualan akan disumbangkan kepada PDK yang berjaya menjual tiket-tiket tersebut.
PDK yang mengambil bahagian ialah:
1. PDK Selayang.
2. PDK Rawang.
3. PDK Sri Kundang.
4. PDK Hulu Kelang.
Sebanyak 170 tiket telah berjaya dijual oleh PDK-PDK tersebut, walaupun hanya mempunyai tempoh selama lima hari untuk menjualnya.
No comments:
Post a Comment