Seramai 5 orang Penyelia PDK dan 7 orang Petugas PDK dan seorang Jawatankuasa PDK telah mengharumkan nama Negeri Selangor Darul Ehsan di Kejohanan Special Olympics Malaysia Kali ke 2 yang diadakan di Ipoh dari 5-8hb Ogos 2010.
5 orang dari mereka telah bertugas sebagai Pegawai Teknikal Kejohanan pada 5hb Ogos dengan membantu menyiapkan 8 buah Gelanggang Bocce di Sekolah Kebangsaan Kepayang, Taman Fair, Ipoh. Dua darinya juga bertindak menyiapkan Gelanggang Lontar Bola Lisut di Stadium Perak pada 6hb petang.
Mereka juga telah bertindak sebagai Pegawai Sukan dalam acara trek dan padang pada 6 dan 7hb Ogos dan juga sebagai Pembantu Pegawai Sukan Bolasepak 5 sebelah pada 7 dan 8hb Ogos.
Semua Pegawai Teknikal dan Pegawai sukan telah ditempatkan di YMCA Ipoh di Jalan Raja Musa Aziz, lebih kurang 2.5km dari Kompleks Sukan Dewan Bandaraya Ipoh.
Mereka ialah:
Jawatankuasa: Mohd Yusof Tawil -PDK Selayang.
Penyelia PDK:
1. Noraini Othman -PDK Selayang.
2. Hajjah Zaharah Ali -PDK Taman Seri Gombak.
3. Noriani Hj Saman -PDK Kuala Kubu Bharu.
4. Julia Mahsan -PDK Batang Kali.
5. Khairullailiah Mohd Rani -PDK Gedangsa
Petugas PDK:
1. Halimatun Saadiah Muri -PDK Hulu Kelang.
2. Wahina Wahid -PDK Hulu Kelang.
3. Salamiah Ahmad -PDK Hulu Kelang.
4. Ummu Shiqah Ismail -PDK Rawang.
5. Kavitha a/p Mariappan -PDK Rawang.
6. Zaidah Barkis -PDK Gedangsa.
7. Norazidah Idris -PDK Batang Kali.
Semua mereka telah menunjukkan prestasi yang baik dan mampu menjalankan tugas sebagai Pegawai Sukan Special Olympics dimasa akan datang.
No comments:
Post a Comment