Monday, August 30, 2010

Iftar Ramadhan bersama Karyawan Malaysia

Seramai 31 orang OKU, Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik dan 9 orang pengiring dari PDK Selayang telah dijemput oleh Persatuan Karyawan Malaysia ke Iftar Ramadhan 1432H mereka pada 14 Ramadhan 1432H (24hb Ogos 2010) bertempat di Dewan Besar Tun Rahah, Bangunan Yayasan Tun Abdul Razak, Jalan Bukit Bintang.

Semasa ketibaan mereka pada jam 6:00 petang mereka disambut oleh Zaiton Sameon di ruang legar Dewan Tun Rahah, dan menyanyikan beberapa buah lagu sambil meraikan mereka serta bergambar.

MC (Kezie dan Roslan Omar) pada malam tersebut juga beberapa kali mengumumkan bahawa OKU, Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik dari PDK Selayang ada bersama mereka untuk diraikan di dalam Iftar Ramadhan tersebut.

Selepas menerima sumbangan duit raya dari Karyawan yang disampaikan sendiri oleh Presidennya iaitu Datuk Freddie Fernandez, mereka dihiburkan oleh Zaiton Sameo dan nas Adilla.

No comments:

Post a Comment