Wednesday, August 18, 2010

Berbuka Puasa Bersama Dayang Nurfaizah pada 7 Ramadhan 1432H

Seramai 35 orang kanak-kanak dari PDK Selayang telah berpeluang berbuka puasa bersama aktres hitam manis iaitu Dayang Nurfaizah bertempat di Bangsar Seafood pada hari ketujuh Ramadhan 1432H ini.

Program ini merupakan program yang ketiga diadakan sejak tahun 2008.

Kanak-kanak ini merasa bertuah kerana Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) tidak melupakan mereka untuk menikmati saat-saat manis bertemu aktres kesayangan mereka.

Kanak-kanak dari PDK Selayang ini terdiri dari:

- 6 orang kanak-kanak kurang upaya (OKU).
- 1 orang anak kepada OKU.
- 3 orang anak yatim piatu (meninggal kedua-dua ibubapa).
- 12 orang anak yatim (meninggal salah seorang ibu atau bapa).
- 6 orang anak ibu tinggal (ibu bercerai/ditinggal suami tanpa status); dan
- 7 orang anak keluarga miskin bandar (pendapatan ibubapa di bawah RM1,500)

Mereka diiringi oleh 2 orang sukarelawati dan oleh Penyelia PDK dan 2 Petugas PDK Selayang.

Program ini juga ditaja bersama oleh Nestle, Sogo dan Bangsar Seafood.

Sebelum buka puasa bermula mereka telah dilayan oleh Dayang Nurfaizah sendiri untuk mewarna 'sand art' kerana kumpulan dari PDK Selayang adalah yang terawal tiba iaitu jam 5:40 petang (moto PDK Selayang ialah 'Biar Kami Menanti, Jangan Buat Orang Tertunggu-Tunggu')

Di akhir program semua kanak-kanak menerima 'duit puasa' dari Dayang Nurfaizah, MKKM, Nestle dan Sogo.

Sementera itu Nestle dan Sogo masing-masing menyampaikan juga goodie bag.

Datuk Raj Karim, Timbalan Presiden MKKM juga turut hadir untuk meraikan mereka.

Selain PDK Selayang, program juga disertai oleh Asrama Baitul Ummah dan Sekolah KIU.

3 comments:

  1. yang pasti PDK selayang nie memang aktif betul la dalam program2 luar. semoga pihak2 luar atau NGO meneruskan untuk meraikan kanak2 PDK dan tidak hanya di bulan puasa atau syawal sahaja.

    ReplyDelete
  2. Hi! Dayang adalah penyanyi, bukan aktres. :)

    ReplyDelete