PDK Selayang telaah membina sebanyak 2 unit tandas berkonsep "Universal Design" untuk memudahkan OKU dan Warga Emas serta Ibu Mengandung menggunakannya.
Tandas ini juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. Pembinaan telah dimulakan pada 7hb Julai 2010. Tandas ini bersaiz 5'6" (165cm) x 7' (210cm) dengan saiz pintu 38" untuk memudahkan penggunakan berkerusi roda masuk dan keluar serta bergerak semasa menggunakan tandas tersebut. Ia dilengkapkan dengan palang pemegang di bahagian dalam tandas untuk pelbagai kegunaan.
Kos untuk membina tandas yang berharga RM5,420.00 tersebut adalah dari sumbangan individu dan korporat.
Tandas ini dijangka siap dan boleh digunakan pada 22hb Julai 2010.
No comments:
Post a Comment