Seramai 40 orang kanak-kanak dari PDK Selayang (10 OKU, 10 anak yatim, 10 anak kurang bernasib baik dan 10 anak Petugas-Petugas PDK telah dijemput untuk menyertai seramai 500 kanak-kanak lagi untuk bersama-sama bergembira pada program Teddy and Friends Day Out di KLCC Convention Center pada Ahad 6hb Jun 2010 dari jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengahari.
Berbagai permainan, kuiz, mencari harta karun dan pertunjukan diadakan untuk menggembirakan semua kanak-kanak yang hadir.
Macam-macam ada.
Makanan dan minuman, ooomak aiiii!!! kalau kata tak kenyang juga...kau memang anak gergas.....iiiii?
Transport, naik bas lagi, bas Pak Ali Tawi lak tu. TQ pada organiser yang sponsor bas.
banyak hadiah dapat bawa balik. banyak sponsor, susah nak sebut, tengok kat backdrop je, baca le sendiri....
Dalam Goodie bag, banyak voucher dan kupon, yang free tukau le, takkan taknak, ....yang kena bayau he heee...
Ada batik art
ada sand art
sesi modelling/foto
mewarna, aktiviti wajib
kuiz...... alamak!!! speakang omputeh, fogedit.
Apa pun, terima kasih pada Yellow House Society of Kuala Lumpur terutama Presidennya En Law Gin Khye yang memberi peluang kepada 40 kanak-kanak dari PDK Selayang ini mengisi ruang minggu mereka. Juga kepada Untie Leenah, dan anaknya yang gebu (sorry maaa) dan Yuen May (mereka adalah AJK YHKL) yang sama turut membantu menjaga goodie bag dan barang-barang/hadiah-hadiah kanak-kanak tersebut, maklum le bebudak, kalau bermain, yang lain tu terfoget la pulak.
Pada Petugas-Petugas PDK (Encik Mohd Shah, Puan Alina, Puan Siti Khalimah, Puan Azizah) yang volunteer mengiringi mereka, Syabbas, banyak lagi peluang untuk bervolunteer, he heeee.
patut ler, ada jgk ke KLCC ari ahad & nampak budak berduyun2 berbaris. Ingatkan lawatan dari sekolah tadika mana.
ReplyDeleteKalau datang haritu boleh le anak ente joint sama, macam-macam ada...
ReplyDelete