Sunday, June 20, 2010

PDK Outreach ke Hospital Selayang

Jabatan Psikiatrik Hospital Selayang telah mengadakan majlis graduasi kali ke lapan pesakit psikiatrik bagi mereka yang mendapat rawatan psikiatrik di hospital tersebut.

Bertempat di Auditorium Hospital Selayang wakil dari PDK Selayang iaitu Encik Mohd Syahrulikram Mohd Yasin telah mewakili PDK Selayang dalam sesi Perkongsian dengan semua tetamu yang hadir termasuk keluarga pesakit psikiatrik tersebut, kakitangan wad psikiatrik dan juga lain-lain jemputan.

Encik Syahrulikram telah berkongsi selama 1 jam mengenai program-program dan aktiviti-aktiviti PDK Selayang, kumpulan sasar PDK Selayang dan juga Program Khidmat Komuniti PDK Selayang seperti Program My-Kasih, tusyen untuk anak-anak yatim dan anak-anak kurang bernasib baik, program Writing and Reading through Journaling di Taylor' College Sri Hartamas serta lain-lain program dan aktiviti semasa.

No comments:

Post a Comment