Thursday, May 13, 2010

Program My-Kasih dikembangkan ke lain-lain PDK.

PDK Selayang merupakan Local NGO pertama (kategori PDK) yang mengadakan kerjasama dengan Yayasan My-Kasih di dalam memberi peluang kepada wanita miskin (keluarga, ibu tunggal dan ibu tinggal-yang miskin) untuk menerima bantuan pembelian bahan asas makanan untuk keluarga mereka. Seramai 49 wanita sekitar Selayang dan Batu Caves telah menerima program ini di bawah PDK Selayang. Mereka boleh membeli/mendapatkan barangan tersebut di Stesen Caltex Batu 8 Jalan Ipoh (arah Rawang) atau Giant Batu Caves.

Melalui hubungan baik tersebut Yayasan My-Kasih telah meminta bantuan PDK Selayang untuk membantu mereka kawasan-kawasan baru yang mempunyai PDK bagi mereka mengembangkan program tersebut. PDK Kelang Selatan merupakan Local NGO kedua dan PDK Lembah Pantai ketiga.

Semalam (12hb Mei 2010) satu perjumpaan antara Yayasan My-Kasih dan PDK Taman Seri Gombak, PDK Hulu Kelang, PDK Kamii Gombak Setia dan PDK Sg Buloh telah diadakan di PDK Selayang. Ianya bertujuan untuk menjadikan Local NGO (kategori PDK) seterusnya yang akan menjalankan program My Kasih ini.


Puan Sapura (Penyelia PDK Sg Buloh), Puan Hajjah Zaharah Ali (Penyelia PDK Taman Seri Gombak) dan Puan Fadhilah (Penyelia PDK Kamii Gombak Setia) sedang mendengar penerangan dari Encik Sukbinder Singh (Pengarah Operasi dan Pembangunan Komuniti Yayasan My-Kasih) dan Encik Kevin Francis Gomez (Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Masyarakat yayasan My-Kasih), di PDK Selayang.

Antara mereka yang berpeluang menyertai program My-Kasih ini ialah Petugas PDK sendiri dari kategori ibu tunggal atau ibu tunggal dan juga yang pendapatan keluarganya berada di bawah garis kemiskinan bandar. Selain itu keluarga-keluarga kepada Pelatih OKU di PDK juga berpeluang menyertainya (asalkan ianya berada dalam lingkungan yang perlu dibantu).

Selepas ini PDK-PDK di Negeri Kedah, Terengganu, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak pula akan dipilih untuk menyertai program ini.

Ada kalangan pengendali PDK yang bertanya "Apa kaitan PDK dengan program My-Kasih ini?"

Jika kita perhatikan pada huruf PDK, 'K' tersebut adalah komuniti iaitu masyarakat, jadi cuba lebarkan dan panjangkan makna masyarakat tersebut kepada yang lebih LUAS.

Di PDK Selayang, program pembangunan komuniti berjalan seiring dengan program pemulihan, pembelajaran, latihan dan pembangunan OKU yang mana di bawahnya terdapat:
1. Unit Anak Yatim;
2. Unit Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik;
3. Unit Ibu Tunggal dan Ibu Tinggal; dan
4. Unit Warga Emas.

yang merupakan program Nilai Tambah kepada PDK yang telah bermula sejak Julai 2000 lagi. Seperti ungkapan Pengerusi PDK Selayang, Dato' Prof. Ir. Dr. Haji Azhari Md Salleh 'Ini ialah program Iklan Percuma, usaha saja perlu lebih'.

No comments:

Post a Comment