Perpindahan ke bangunan baru PDK telah bermula secara intensif. Semua peralatan yang perlu seperti peralatan terapi, alat bantu mengajar, peralatan muzik, peralatan dapur telahpun habis dipindahkan.
Rak gantung untuk meletak ABM telahpun siap dipasang didalam 4 kelas di tempat baru tersebut.
Kami cuma menunggu ketibaan cabin pejabat barulah pejabat akan dipindahkan pula.
Buat sementara sebelum ruangan dapur siap dibina semua pelatih akan makan di bawah kanopi yang dibeli untuk tujuan tersebut. Ini kerana kelulusan untuk membina dapur dan dewan PDK di tempat baru tersebut masih belum diterima lagi.
31hb Mei 2010 merupakan hari terakhir kami menyewa di bangunan lama yang telah kami duduki selama 19 tahun 8 bulan bermula dari 1hhb September 1991, dan akan bermulalah era baru di tempat baru. Ihb Jun 2010, PDK Selayang akan dengan rasminya menggunakan alamat:
PDK SELAYANG.
No. 7078, Jalan 12,
Taman Selayang Baru,
68100 Batu Caves, Selangor D. E.
Nombor telefon, fax, e-mail dan blog akan kekal sama.
Kepada semua penderma dan penyokong PDK Selayang selama 19 tahun ini diucapkan jutaan terima kasih dan warga PDK Selayang adalah mengharapkan kerjasama dengan PDK Selayang akan berterusan dan bertambah rapat.
No comments:
Post a Comment