Pada 24hb Mac 2010 sebatang pokok yang berada disebelah kanan tandas telah tumbang dan menimpa bumbung PDK berhampiran tandas tersebut. Al-Hamdulillah walaupun pokok tersebut agak besar (52 inci ukur lilit) tetapi ia hanya merosakkan beberapa keping atap genting, salur air hujan dan beberapa keping siling bahagian luar sahaja.
Pengurusan Rumah Amal Cheshire telah dimaklumkan oleh Puan Daw San San dan mereka telahpun meninjau tempat yang ditimpa tersebut tetapi tiada berbuat sesuatu dan tiada maklumat sepatahpun apakah tindakan mereka.
Mungkin mereka tidak mahu membaikkinya kerana tempoh PDK diarahkan keluar dari bangunan tersebut telah semakin hampir, iaitu 31hb Mei 2010.
Sila lihat foto yang diambil pada 6hb April 2010 (Selasa) 2 minggu selepas kejadian tersebut. Kejadian ini merupakan kali kedua berlaku selepas kejadian pertama yang berlaku pada tahun 2008, iaitu bila dahan pokok teja (sentang) yang ada berhampiran dengan dapur sekah dan menimpa bumbung di bahagian kelas Puan Jamaliah (EIP 1) dan Puan Faridah (EIP 2). Mujur tidak mengakibatkan kerosakkan yang teruk.
Salam. PDK selayang akan pindah ke mana kalau saya boleh tahu?
ReplyDeleteWsalam. PDK akan berpindah ke No. 7078, Jalan 12, Taman Selayang Baru, +-1.7km dari tempat sekarang, no. tel, fax masih sama, jangan risau, sekarang bangunan baru sedang dibersihkan bila dah cantik nanti saya akan post gambar di blog ini, kalau tengok dari google map, cari taman selayang baru, bangunan baru berhadapan dengan lot 7059, tq.
ReplyDeletesalam. dah lama nak tanya : macam mane en. yusof dan pn. nani dapat nombor contact saya? walau tak kenal secara peribadi, namun ia tak menghalang saya memberi kerjasama demi anak2 pendidikan khas.
ReplyDelete- penyelaras PPKI, SMK Bandar Baru Sentul.
terima kasih atas berita terkini tentang PDK dan ucapan yg dikirim. harap kita boleh bekerjasama. TQ.
Itu maknanya tugas puan amat diketahui dan diperlukan oleh orang lain.
ReplyDeletedalam kerja seperti kita, kita perlu banyak mengetahui hal-hal semasa termasuk siapa yang perlu kita kenal, ketahui dan kita jumpai untuk minta pertolongan.