Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Friday, June 26, 2015

Hukum Tazkirah Ketika Tarawih

Di dalam bulan Ramadan, amalan yang paling utama ialah puasa yang dilakukan di siang hari dan qiyam Ramadan yang lebih dikenali dengan solat tarawih yang dilakukan di malam hari selepas selesai Solat Isyak.
Di samping dua amalan utama ini, amalan-amalan kebajikan lain juga masih berjalan seiringan, seperti membaca al-Quran, memberi sedekah, nasihat, bantuan dan sebagainya.
Melihat kepada soalan, kita dapati di kebanyakan masjid dan surau di negara kita, ada dibuat tazkirah iaitu sesi nasihat ringkas semasa melaksanakan solat tarawih.
Waktu tazkirah itu juga berbagai-bagai, ada yang selepas solat Isyak, ada yang selepas empat rakaat, ada yang selepas selesai solat sunat tarawih, bahkan ada juga yang dilakukan antara solat Maghrib dan Isyak.
Justeru, apakah hukumnya? Untuk menjawab soalan ini, dapatlah saya kaitkan dengan masa tazkirah itu.
Pertama, tazkirah dibenarkan jika dibuat di waktu yang tidak mengganggu tujuan utama para makmum yang datang semata-mata untuk solat. Waktu yang dibenarkan adalah antara solat Maghrib dan Isyak dan selepas selesai solat tarawih keseluruhannya.
Kedua, tazkirah yang tidak dibenarkan iaitu jika dibuat di waktu yang mengganggu para makmum yang datang untuk tujuan solat sahaja. Waktu yang tidak dibenarkan adalah selepas solat Isyak dan di antara solat-solat tarawih, seperti selepas dua rakaat, empat rakaat, enam rakaat dan seterusnya.
Mengapakah dibahagikan hukum tazkirah mengikut waktu? Jawapannya pertama, kerana ajaran Islam sentiasa meraikan perasaan manusia.
Di dalam menyampaikan tazkirah dan nasihat, hendaklah kita raikan perasaan pendengar agar mereka tidak bosan. Dalilnya adalah kata-kata Abdullah bin Masud r.a., “Sesungguhnya Rasulullah SAW memberi peringatan kepada kami secara selang seli dalam hari kerana takutkan kami bosan.” (Hadis riwayat al-Imam Muslim, no. 2821)
Kedua, kerana ajaran Islam tidak mengandungi unsur memudaratkan. Di antara maqasid iaitu tujuan asal tazkirah adalah menyampaikan manfaat kepada pendengar.
Dalilnya adalah hadis Ubadah bin al-Samit bahawa “Rasulullah memutuskan bahawa tidak dibenarkan membuat mudarat kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain (La darara wa la dirar).” (Hadis sahih riwayat al-Imam Ibn Majah, No. 1909).
Akan tetapi jika tazkirah itu mengandungi unsur paksaan, di mana sebahagian para makmum datang hanya untuk solat Isyak dan solat tarawih dan ingin pulang awal kerana pelbagai urusan; maka jika dibuat tazkirah di waktu ini, perkara ini hanya akan melewatkan mereka.
Dalam erti kata lain, perkara ini akan menimbulkan kemudaratan kerana sebahagian para makmum akan mula berasa benci dengan ‘sistem’ tazkirah yang dibuat oleh surau atau masjid.
Sebahagian mereka juga akan berasa berat dan serba salah kerana mereka mempunyai urusan lain tetapi ingin juga melakukan ibadah solat tarawih secara berjemaah.
Secara konklusinya, jika surau dan masjid ingin membuat tazkirah tarawih, buatlah setelah selesai solat tarawih supaya tidak membebankan para makmum.
Boleh juga tazkirah itu dibuat antara solat Maghrib dan Isyak. Semoga amalan kita diterima oleh Allah Taala.
Oleh : DR. FADLAN MOHD. OTHMAN

Tuesday, June 23, 2015

CBR Network Malaysia : 5th CBR Africa Network Convention, Nairobi 2015.

CBR Africa Network (CAN) telah mengadakan konvensyen kali ke: 5 pada:

Tarikh  : 1hb-5hb Jun 2015.
Tempat : Kenyatta International Convention Center (KICC), Nairobi, Kenya.

CBR Netwaork Malaysia, telah menghantar salah seorang Jawatankuasa Utamanya iaitu Encik Mohd Yusof Tawil bersama-sama dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling iaitu Encik Ishak Muhammad ke konvensyen selama 5 hari tersebut.

Tujuan utama penghantaran mereka ialah untuk mengadakan promosi kepada peserta-peserta konvensyen tersebut mengenai 2nd CBR World Congress yang akan dianjurkan oleh CBR Network Malaysia khasnya dan kerajaan Malaysia amnya, pada:

Tarikh   : 26hb-29hb September 2016.
Tempat : Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Tema    : CBR: EMPOWERING AND ENABLING












Bulan 5 Ramadhan 1436H (Ahad)

Gambar Bulan yang diambil pada Ahad malam (5 Ramadhan 1436H / 21hb Jun 2015)










Bulan 3 Ramadhan 1436H (Jumaat)

Bulan pada Jumaat malam bersamaan 3 Ramadhan 1436H















Tuesday, May 19, 2015

CBR Network Malaysia : Meeting with Kit Sinclair an Occupational Therapist of Hong Kong

The meeting was happened in May 18th 2015 @ Furama Hotel Kuala Lumpur.

CBR Network Malaysia represents by Fauziah Tahar, Mohd Yusof Tawil and George Thomas.

While Kit was accompanied with Teoh Jou Yin an OT from Penang.

The meeting was schedule at 6:00pm.

We disscussed about CBR Network Malaysia, the task and role including the "2nd CBR World Congress 2016" to be hosting by Malaysia from September 26th-29th next year.

We also discussed the movement of CBR centers in Malaysia and the development, the roles of CBR teachers and so on.

Khasiat Daun Ketum dan Mudharat Penyalahgunaannya

KHASIAT DAUN KETUM 
DAN 
MUDHARAT PENYALAHGUNAANNYA

TETAPI AWAS

PENGGUNAAN BERLEBIHAN DAUN
KETUM DENGAN APA CARA SEKALIPUN
 AKAN MENJADIKAN KETAGIHAN
YANG MELAMPAU


Pokok Ketum Pengelasan saintifik Alam: Tumbuhan Divisi: Magnoliophyta Kelas: Magnoliopsida Order: Gentianales Famili: Rubiaceae Genus: Mitragyna Spesies: M. speciosa Binomial: Mitragyna speciosa korth Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di
Khasiat Daum Ketum
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Daum Ketum yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat berkerja, mengawal kadar gula dalam darah, mengembalikan tenaga batin, merawat ketagihan dadah, Mitragyna speciosa korth, penawar diabetis, penawar sakit urat, pokok biak, pokok ketum.
Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth. Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.
Khasiat Dan Kegunaan
Daun ketum sememangnya di akui herba yang menpunyai khasiat untuk melancarkan perjalanan darah dan penawar sakit urat. Minum air ketum telah dijadikan amalan orang tua dulu,tetapi amalan dan khasiat daun ketum sebagai penawar diabetis adalah tidak begitu dikenali seperti herba mas cotek dan misai kucing.Selain itu daun ketum adalah herba yang paling mujarab diantara herba ubatan alternatif yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah.
Herba lain munkin menpunyai kelebihan gengan cara tindak balas yang berlainan,tetapi daun ketum amat mujarab dalam dalam menurunkan kadar gula dalam darah pada masa yang singkat.Kemanpuan untuk menurunkan kadar gula dalam darah secepat munkin adalah penting terutama untuk pesakit yang menpunyai luka dan bengkak(diabetes feet) untuk menbantu memulihkan tisu dan mencegah jangkitan(infection)
Terdapat dua jenis daun ketum yang boleh dibezakan melalui warna daun,bentuk kedua daun lebih kurang sama. Satu adalah berwarna hijau dan satu lagi menpunyai urat daun berwarna merah yang boleh dilihat jelas belakang daun Spesies berwarna belang merah ini dikatakan lebih berkhasiat dan mujarab.
Masyarakat tradisi mengunakan daun ketum untuk membantu menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat berkerja. Ia dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.
Daun ketum juga digunakan untuk merawat ketagihan dadah, tetapi penggunaan yang berlebihan boleh memberi kesan ketagihan terhadap bahan berkenaan.
Daun ketum yang dikeringkan dan direbus digunakan untuk mengembalikan tenaga batin. Selain dari dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah.
Rebusan daun kering dan akarnya pula digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.
daun ketum
Kesan buruk penganbilan air ketum berlebihan
Pengambilan ketum yang berlebihan dan tidak terkawal akan menyebabkan pengamalnya berasa sakit pada urat saraf dan sendi apabila mereka tidak mengambil atau minum air ketum, selepas dos yang ada di dalam badan telah berkurangan, disebabkankan kesakitan yang tak dapat kita gambarkan inilah mereka yang mengamalkan air ketum itu tadi terpaksa mengambil air ketum dua atau tiga bungkus setiap hari untuk menghilangkan rasa sakit atau sengal badan berpunca daripada mengamalkan air ketom secara tidak terkawal. Jadi hindari tabiat buruk mengamalkan air ketom secara tidak terkawal sehinga menyebabkan ketagihan, nanti susah nak cari cara untuk menyembuhkan kesakitan yang berpunca dari menagih air ketom nie.
Masa depan pokok Ketum
Dengan pengistiharkan daun Ketum sebagai bahan larangan mulai Januari 2003, ini bererti pokok Ketum mungkin akan pupus akibat aktiviti penghapusan oleh pihak berkuasa.
Nasib pokok ketum ternyata berbeza dengan pokok kola yang berasal dari Amerika Syarikat. Air rebusan daun kola telah dijadikan bahan asal Coca-cola. Bagaimanapun setelah didapati daun kola mempunyai bahan ketagihan yang sama, syarikat Coca-cola telah menukar bahan asal dalam daun kola kepada bahan sintatik yang tidak menagihkan. Apakah mungkin anda pengusaha daun Ketum yang mampu menjalankan penyelidikan bagi menyingkirkan bahan mitragynine dari ramuannya untuk dipasarkan? Mungkin akan terhasil Ketum Kola? Hanya masa akan menetukannya.
Bagaimanapun penyelidikan oleh luar negara untuk memajukan pokok Ketum menunjukkan hasil yang menggalakkan. Kajian oleh Ridley 1897 di Malaya dan terbaru di New Zealand mendapati kandungan mitraginin dalam daun ketum dos rendah boleh digunakan sebagai ejen dalam rawatan detoksifikasi dadah (pemulihan penagih dadah). Dengan itu daun Ketum dipercayai boleh membantu dalam rawatan detoksifikasi atau terapi gantian dan khasiat dalam perubatan tradisional tetapi kajian lebih saintifik perlu dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan serta keberkesanan daun ketum digunakan dalam rawatan itu.
Oleh itu, jangan terkejut sekiranya suatu hari Malaysia akan mula mengimport daun Ketum dari New Zealand dan Australia sebagai bahan ubat.
Tindakan penguatkuasaan.
Pada 3 Mei 2005, lima pengedar air ketum ditahan di Felda di negeri Terengganu dan 144 liter air dan 44 kg daun ketum dirampas. Mereka boleh dijatuhkan hukuman denda RM10,000 atau empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Pada Julai 2008, tangkapan terhadap sindiket penjualan air ketum masih dijalankan.~ Sumber :wikipedia.org/
Maklumat tambahan
Pokok ketum tumbuh semulajadi di hutan-hutan seperti di Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu. Di sesetengah tempat ketum dipanggil pokok biak. Masyarakat tradisi menggunakan daun ketum untuk membantu menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat bekerja. Ia dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.
Daun ketum juga digunakan untuk merawat ketagihan dadah, tetapi penggunaan yang berlebihan boleh memberi kesan ketagihan terhadap bahan berkenaan. Daun ketum yang dikeringkan dan direbus digunakan untuk mengembalikan tenaga batin.
Selain dari dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas bekerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot, sakit-sakit sendi dan lelah.
Rebusan daun kering dan akarnya pula digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Bahan Aktif • Mengandungi banyak alkaloid psikoaktif, lebih daripada 25, tetapi Mitragynine merupakan alkaloid yang utama • Mitragynine memberi kesan-kesan stimulan, sedatif dan euforik, oleh itu ia berfungsi sebagai drug narkotik seperti candu • Alkaloid Mitragynine diasingkan (isolated) pada tahun 1907 • Struktur kimianya ditentukan pada tahun 1964 • Strukturnya berkait dengan alkaloid yohimbin dan voakangin (voacangine) • Terdapat perkaitan jauh dengan ‘tryptamine-based psychedelic drugs’ seperti yohimbin, psilosibin dan LSD
Cara-cara menanam pokok ketum
Pokok ketum juga boleh di tanam melalui biji benih,iaitu dengan menyemai biji ketum ke dalam medium semaian.Kemudian biarkan beberapa minggu sehingga anak benih ketum tumbu. Apabila meningkat dewasa pokok ketum perlulah diubah ke tempat yang lebih luas.Selain itu pokok ketum juga boleh ditanam melalui kaedah keratan batang.Kaedah ini perlulah dilakukan dengan memotong bahagian batang yang cukup matang usianya.