Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Monday, November 18, 2013

Bengkel Pemantapan Garis Panduan PDK dan RPI PDK-PDK Daerah Gombak 2013

Perkara: Bengkel Pemantapan Garis Panduan PDK dan RPI Daerah Gpmbak 2013

Tarikh: 15-16hb November 2013

Peserta: 9 orang Penyelia PDK dari 9 buah PDK Daerah Gombak dan 12 Petugas PDK Daerah Gombak yang terpilih.

Fasilitator:

1. Puan Nor Zulina Mansor; Pegawai Penyelaras PDK Daerah Gombak
2. Encik Mohd Yusof Tawil; Naib Pengerusi 2 PDK Selayang
3. Puan Noraini Othman; Penyelia PDK Selayang
4. Puan Suhaila Abdul Manap; Penyelia PDK Hulu Kelang
5. Encik Mohd Syahrulikram Mohd Yasin; Jurupulih Pertuturan PDK Selayang
6. Puan Siti Nor Azila Saari; Jurupulih Carakerja PDK Selayang.




























































































Monday, November 11, 2013

Ais (Air Batu) dan Kegunaannya (serta Rahsianya)















Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. 
Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. 
Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. 
Teruskan membaca untuk lebih memahami. 
Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya. ~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais “Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. 
Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. 
Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. 
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. 
Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. 
Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan. 
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. 
Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. 
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. 
Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. 
Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan. 
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. 
Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. 
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. 
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. 
Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. 
Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan. 
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. 
Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. 
Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. 
Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. 
Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut. 
**Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin? 

    Saturday, November 2, 2013

    Orang Yang Berjaya VS ORANG YANG GAGAL


    10 Keajaiban Sedekah


    TAHUKAH ANDA? Jika anda kemalangan di lebuhraya......

    TAHUKAH ANDA?

    Jika Berlaku Kemalangan di sebabkan halangan di Lebuhraya seperti besi, kayu, tayar kenderaan lain, bumper kenderaan lain, apa sahaja.

    Jika memandu di lebuhraya kita selalu terserempak dengan objek2 yang menghalang perjalanan kita seperti serpihan tayar, bumper, besi, batu, kayu dan lain2 lagi. 

    Jika kita terlanggar dan kenderaan kita mengalami kerosakan...

    Tahukah anda...

    Kita boleh claim dengan pihak Plus??

    kerana kenderaan yang melalui Lebuhraya telah di insuranskan oleh pehak PLUS.

    Caranya mudah sahaja, ikuti langkah2 di bawah: 

    1. Hubungi Plus Ronda 1800 88 00 00 (ada di belakang kad touch n go atau tiket transit) 
    2. Bgtau lokasi kemalangan dan kemalangan di sebabkan halangan tersebut, pastikan KM berapa dan arah ke mana. 
    3. Jika kenderaan anda masih boleh bergerak keluar di mana2 plaza tol yg berhampiran. Pastikan resit diambil.Kalo touch n go atau smart tag kena print dr website Plus. 
    4. Sila buat laporan di kaunter plaza toll. Kemudian pihak plus akan pastikan benar kejadian tersebut dan pihak Plus akan ambik gambar bukti kenderaan anda. 
    5. Buat laporan di balai trafik yg berhampiran atau di kawasan tersebut. 
    6. Kemukan claim kepada Plus berserta laporan polis dan gambar kenderaan anda sebelum baiki dan selepas baiki. Walaupun anda claim insurans kenderaan atau guna duit sendiri. Ada lah nanti borang akan di isi di sana. 
    7. Plus akan membayar ganti rugi kepada anda dalam masa 14hari dari tarikh kita kemukan report polis dqn gambar.

    BENGKEL GARIS PANDUAN PDK DAN RPI BAGI PENYELIA-PENYELIA PDK NEGERI SELANGOR 2013

    BENGKEL GARIS PANDUAN PDK DAN RPI BAGI PENYELIA-PENYELIA PDK NEGERI SELANGOR 2013

    Tarikh: 6-8hb November 2013 (Rabu-Khamis-Jumaat)
    Tempat: Hotel Crystal Crown Kepong. No. 3, Jalan Jambu Mawar off Jalan Kepong, 52000 Kuala Lumpur.

    Pendaftaran: 6hb November 2013 Jam 8:00 pagi - 9:00 pagi

    PERINGATAN 1: SILA BAWA BUKU GARISPANDUAN PDK DAN RPI PDK MASING-MASING.

    PERINGATAN 2: KHAS UNTUK PENYELIA-PENYELIA PDK SAHAJA (TIDAK BOLEH DIGANTI DENGAN PETUGAS)

    PERINGATAN 3: SURAT ARAHAN RASMI TELAH SIAP, SILA DAPATKAN DARI PENYELARAS PDK DAERAH MASING-MASING PADA HARI ISNIN.

    PERINGATAN 4: SILA BAWA BERSAMA LAPTOP MASING-MASING (bersama dengan power extension cable skali)

    PERINGATAN 5: KOSONGKAN PERUT;.......he he he (MAKAN 6 KALI SEHARI), (kecuali pada hari Khamis ---> kalo nak posa)

    PERINGATAN 6: TOLONG SAMPAIKAN MAKLUMAT INI KEPADA LAIN-LAIN PENYELIA SUPAYA MEREKA TAHU (dalam Selangor je leeeee), SEBAB TAKNAK MEREKA BERI ALASAN TAK TAHU, TAK DAPAT SURAT, PENGERUSI /JAWATANKUASA TAK BAGI PELEPASAN, DAN BERBAGAI ALASAN YANG TELAH BIASA DIDENGAR...........