Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Wednesday, April 17, 2013

PDK Selayang with CBR Network Malaysia in Taj Mahal, Agra, India







































































Understanding Pancreatic Cancer -- Symptoms


Nodules on the surface of a pancreatic cancer cell
Pancreatic Cancer Cells
Colored CT scan of metastatic pancreatic cancer
Green color is suspect for cancer cells

What Are the Symptoms of Pancreatic Cancer?



Early pancreatic cancers cause few symptoms, most of which are vague. Because signs and symptoms of most pancreatic cancer may be mistaken for less-serious digestive problems, the disease is rarely detected before it has spread to nearby tissues or distant organs via the bloodstream or lymphatic system. Symptoms that may arise, in typical order of occurrence, include:

Posterior view of the digestive system

-Significant weight loss accompanied by abdominal pain -- the most likely warning signs.
-Vague but gradually worsening abdominal pain that may decrease when leaning forward and increase when lying down. Pain is often severe at night and may radiate to the lower back.
-Digestive or bowel complaints such as diarrhea, constipation, gas pains, bloating, or belching.
-Nausea, vomiting, and loss of appetite.
-Jaundice, which is usually painless and is indicated by yellowish discoloration of the skin and eye whites, very dark urine, and light-colored stools.
-Sudden onset of glucose tolerance disorder, such as diabetes.
-Black or bloody stool, indicating bleeding from the digestive tract.
-Overall weakness.
-Enlarged liver and gallbladder.
-Itching.
-Clay- or light-colored stools.
-Bronze urine color.
-Blood clots in the legs.
-Mental status changes, such as a new onset of depression.
A few rare types of pancreatic cancer cause hormonal imbalances that produce their own symptoms, which might include:

Yellow eye due to obstructive jaundice

-Episodes of weakness, sweating, rapid heartbeat, irritability, or skin flushing related to low blood sugar.
-Severe watery diarrhea.
-A new, unusual skin rash.
-Severe ulcer symptoms, such as stomach pain and watery diarrhea, which do not respond to antacids or ulcer medications.



If you experience any of these symptoms for longer than two weeks, call your doctor for a full physical examination.

Tuesday, April 16, 2013

Panduan Mengisi Borang-Borang Kejohanan Special Olympics Malaysia 2013


Panduan Mengisi Borang-Borang Kejohanan Special Olympics Malaysia 2013:

Borang-borang pendaftaran telahpun dihantar oleh JKM Malaysia kepada semua JKM  Negeri melalui e-mail:

Sebanyak 12 borang telah diemailkann iaitu:

1. Borang (A) Pendaftaran Pegawai dab Jurulatih.
2. Borang (B) Pendaftaran Jurulatih Mengikut Sukan.
3. Borang (C) Pendaftaran Atlet Keseluruhan.
4. Borang (D) PendaftaranAtlet Mengikut Sukan.
5. Borang (E) Pemeriksaan Kesihatan Atlet.
6. Borang (F) Indemniti (Pelepasan Tanggungan).
7. Borang (G1) Divisioning Atletik.
8. Borang (G2) Divisioning Bocce.
9. Borang (G3) Divisioning Bowling.
10. Borang (G4) Divisioning Equestrian.
11. Borang (G5) Divisioning Renang.
12. Borang (G6) Divisioning Soccer (Bolasepak 5 Sebelah.

SILA BERI PERHATIAN:

Borang (A), (B), (C), dan (D) perlu diisi selengkapnya seperti yang diminta oleh borang tersebut.

Borang (E) Pemeriksaan Kesihatan Atlet: Kegagalan melakukan pemeriksaan kesihatan atau kegagalan membawa borang ini semasa pertandingan, AKAN MENYEBABKAN ATLET TIDAK DIBENARKAB BERTANDING. Borang Asal (Original) perlu dibawa semasa pendaftaran.

Borang (F) Indemniti (Pelepasan Tanggungan): Kegagalan membawa atau kegagalan mendapatkan tandatangan (Kebenaran) dari Ibubapa/Penjaga untuk bertanding akan menyebabkan ATLET TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI BERADA DI PERKAMPUNGAN SUKAN, VENUE PERTANDINGAN DAN KAWASAN PENGINAPAN. Borang Asal (Original) perlu dibawa bersama semasa pendaftaran.

Borang (G1), (G2), (G3), (G5) dan (G6) perlu diisi dengan masa atau jarak atau jumlah mata atau jumlah purata mata seperti yang dikehendaki oleh borang.

Untuk Borang (G3) Divisioning Bowling; purata mata (jatuhan pin) adalah/perlu dikumpul dari 12 permainan; Sila berhubung jika tidak faham cara-caranya.

Untuk Borang (G4) Divisioning Equestrian; Sila berhubung dengan Encik Muthusamy Kandasamy, Penyelaras Equestrian dari RDA (Riding for Disabled Association).

Sunday, April 14, 2013

UFO (unidentifed foto {photo} object) kah itu.....!?


Dua keping gambar yang pelik dapat dirakam (snap) oleh penulis semasa bersama famili di Pantai Jeram, Kuala Selangor, pada 19hb Januari 2013 yang lalu.......

Tidak diketahui/dilihat dengan jelas objek tersebut........

Gambar pertama diambil pada jam 19:23:18;
manakala gambar kedua pada jam 19:23:32.

hanya pada hari ini sahaja Penulis teringatkan gambar ini.

Thursday, April 4, 2013

Kursus Asas Petugas PDK Negeri Selangor

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dengan kerjasama dari CBR Network Malaysia mengadakan Kursus Asas Petugas PDK Negeri Selangor.

Seramai 32 orang Petugas PDK yang baru dilantik dan belum pernah mengikuti kursus tersebut telah hadir, yang mana 6 dari mereka adalah Petugas Lelaki sementara 26 yang lain adalah Petugas Perempuan.

Kursus tersebut diadakan dari 3hb April 2013 dan akan berakhir pada 8hb April 2013 di Bilik Utara 1, Hotel Chrystal Crown, Petaling Jaya.

Sebanyak 19 Modul latihan dijalankan oleh CBR Network Malaysia sementara 2 modul lagi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Jabatan Pendidikan melalui Bahagian Pendidikan Khas Negeri selangor.