ISTANBUL (Reuters) - A 5.4 magnitude earthquake struck Elazig province in eastern Turkey on Thursday and was felt in the neighbouring province of Diyarbakir.
There were no immediate reports of large-scale damage.
In March 2010 a 6.0 magnitude earthquake in Elazig killed 51 villagers in the sparsely populated area.
Turkey, crossed by many faultlines, frequently suffers earthquakes. An earthquake measuring 7.4 killed about 18,000 people in August 1999.
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pusat Kanak-Kanak & Remaja Kurang Upaya) No. 7078, Jalan 12, Taman Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia Tel: +603-6127 0581, E-mail: pdkselayang@gmail.com;
Latar Belakang PDK Selayang
SEJARAH PENUBUHAN:
Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.
Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.
Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)
Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)
Kelas Harian EIP:
Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.
Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.
Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:
Pemulihan Anggota:
Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:
Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.
Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).
Pemulihan Pertuturan:
Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.
Pemulihan Carakerja:
Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.
Program Lawatan ke Rumah:
Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.
Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)
Pengurusan:
Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU
Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat side menu).
Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat side menu).
Thursday, June 23, 2011
Penghuni Arizona dikejar api
p/s : tenteranya memang berkuasa, tetapi kuasa alam mengalahkan mereka
HAMPIR 2,000 orang penduduk di bandar Eager yang terletak di timur Arizona, Amerika Syarikat (AS) diperintah supaya mengosongkan kawasan tersebut minggu lalu selepas kebakaran besar hutan mula merebak ke kawasan bandar dan kejiranan Springville.
Dijangka lebih banyak lagi perintah pengosongan akan dibuat. Pegawai bomba berhempas-pulas untuk menyediakan benteng pertahanan bagi dua buah bandar tersebut.
Pihak berkuasa sherif mengeluarkan arahan tersebut pada pukul 4 petang, manakala pegawai polis kelihatan berada di jalan sekitar bandar bagi melancarkan operasi pemindahan sebaik sahaja orang ramai mula keluar dari Eager.
Kebakaran mula dikesan pada rabung gunung di tenggara Springerville selepas beberapa kepulan asap jingga menjulang naik dari celah bukit-bukau.
Bandar Eager mempunyai kepadatan penduduk kira-kira 4,000 orang, manakala Springerville pula mempunyai 2,000 orang penduduk.
Itu menjadikan sejumlah 7,000 orang telah diperintah supaya keluar dari kawasan berbahaya itu.
Api yang marak telah membakar kawasan hutan pain seluas 1,258 kilometer persegi sejak ia mula dikesan terbakar pada 29 Mei lalu. Kebakaran berkenaan merupakan kedua terbesar dalam sejarah Arizona.
Beberapa bandar resort berdekatan Hutan Simpan Apache-Sitgreaves telah diarah supaya mengosongkan tempat tersebut lebih awal.
Terbaru, kelihatan beberapa buah jentolak menolak semak dan pokok-pokok bagi membentuk penghadang bagi menghalang api yang sedang marak menghampiri bandar-bandar.
Krew-krew lain pula dilihat sedang mengalih belukar dari sekeliling rumah dan ahli bomba turut dihantar bagi melindungi bangunan daripada dijilat api.
Kebanyakan penduduk di sana telah bersedia untuk menerima arahan supaya keluar pada bila-bila masa sahaja.
"Saya hanya akan keluar jika ada arahan supaya berbuat sedemikian. Kami sudah pun berkemas sejak semalam," kata salah seorang penduduk Eager, Gerald McCardle.
Pusat pemindahan
Menurut jurucakap Palang Merah AS, Mark Weldon, mereka mempunyai sebuah pusat pemindahan yang mampu menampung beberapa ribu orang. Pusat itu terletak di sebuah sekolah tinggi, 24 kilometer dari barat Lakeside, Arizona.
Pusat tersebut dibuka selepas operasi evakuasi minggu lalu apabila 2,700 orang dari komuniti yang tinggal di kawasan bukit berhampiran ke Blue Ridge.
Sejumlah kain selimut dan katil lipat dikejarkan ke sekolah tersebut pada Selasa lalu selepas ancaman bahaya semakin meningkat.
Ketika itu, nyalaan api yang marak sudah berada 16 kilometer dari kawasan bandar.
Keadaan menjadi semakin parah apabila tiupan angin telah membawa api mendekati kawasan khemah pusat pemindahan dan bandar.
Pada petang Selasa lalu, angin kencang sekali lagi bertiup, tetapi nasib menyebelahi petugas keselamatan apabila ia kurang mengundang bahaya seperti apa yang dijangkakan.
Beribu-ribu ahli bomba dari bahagian barat Amerika seperti New York diarah ke tempat bencana dengan harapan dapat mengawal kebakaran yang sedang berada di pinggir hutan daripada menyambar bandar berdekatan.
Bakar lalang
Para petugas hanya boleh mengalihkan laluan api supaya tidak merebak ke penempatan penduduk dengan menggunakan sumber semula jadi.
Mereka membakar semua bahan semula jadi seperti lalang yang mudah terbakar secara terkawal daripada disambar api sedia ada yang boleh memburuk lagi keadaan.
Selain itu anggota bomba juga menimba air bagi menghalang api mara ke rumah-rumah dan kabin.
Di lebuh raya berdekatan Springerville sepanjang 3.2 kilometer, berpuluh-puluh ahli bomba sedang berusaha membakar bahan-bahan yang mudah terbakar seperti tumbuh-tumbuhan di sepanjang jalan sebagai usaha mengelakkan api dari merebak ke seberang seterusnya menghala ke bandar.
Hujan abu dengan ruang udara yang dipenuhi asap tebal memenuhi Springerville, manakala cahaya matahari sukar dilihat serta kelihatan seperti warna merah darah.
Sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi setakat ini, lima buah bangunan dilaporkan hangus terbakar.
Nasib bandar-bandar tersebut juga sukar diramal kerana tiada tanda-tanda angin akan berhenti bertiup dan hujan akan turun dalam masa beberapa hari
| ANGGOTA bomba menggunakan peralatan canggih termasuk bom air daripada helikopter untuk memadamkan kebakaran. |
Dijangka lebih banyak lagi perintah pengosongan akan dibuat. Pegawai bomba berhempas-pulas untuk menyediakan benteng pertahanan bagi dua buah bandar tersebut.
Pihak berkuasa sherif mengeluarkan arahan tersebut pada pukul 4 petang, manakala pegawai polis kelihatan berada di jalan sekitar bandar bagi melancarkan operasi pemindahan sebaik sahaja orang ramai mula keluar dari Eager.
Kebakaran mula dikesan pada rabung gunung di tenggara Springerville selepas beberapa kepulan asap jingga menjulang naik dari celah bukit-bukau.
Bandar Eager mempunyai kepadatan penduduk kira-kira 4,000 orang, manakala Springerville pula mempunyai 2,000 orang penduduk.
Itu menjadikan sejumlah 7,000 orang telah diperintah supaya keluar dari kawasan berbahaya itu.
Api yang marak telah membakar kawasan hutan pain seluas 1,258 kilometer persegi sejak ia mula dikesan terbakar pada 29 Mei lalu. Kebakaran berkenaan merupakan kedua terbesar dalam sejarah Arizona.
| LALANG di kawasan lebuh raya dibakar lebih awal bagi mengelakkan api merebak ke kawasan bandar. |
Terbaru, kelihatan beberapa buah jentolak menolak semak dan pokok-pokok bagi membentuk penghadang bagi menghalang api yang sedang marak menghampiri bandar-bandar.
Krew-krew lain pula dilihat sedang mengalih belukar dari sekeliling rumah dan ahli bomba turut dihantar bagi melindungi bangunan daripada dijilat api.
Kebanyakan penduduk di sana telah bersedia untuk menerima arahan supaya keluar pada bila-bila masa sahaja.
"Saya hanya akan keluar jika ada arahan supaya berbuat sedemikian. Kami sudah pun berkemas sejak semalam," kata salah seorang penduduk Eager, Gerald McCardle.
Pusat pemindahan
Menurut jurucakap Palang Merah AS, Mark Weldon, mereka mempunyai sebuah pusat pemindahan yang mampu menampung beberapa ribu orang. Pusat itu terletak di sebuah sekolah tinggi, 24 kilometer dari barat Lakeside, Arizona.
Pusat tersebut dibuka selepas operasi evakuasi minggu lalu apabila 2,700 orang dari komuniti yang tinggal di kawasan bukit berhampiran ke Blue Ridge.
Sejumlah kain selimut dan katil lipat dikejarkan ke sekolah tersebut pada Selasa lalu selepas ancaman bahaya semakin meningkat.
Ketika itu, nyalaan api yang marak sudah berada 16 kilometer dari kawasan bandar.
Keadaan menjadi semakin parah apabila tiupan angin telah membawa api mendekati kawasan khemah pusat pemindahan dan bandar.
Pada petang Selasa lalu, angin kencang sekali lagi bertiup, tetapi nasib menyebelahi petugas keselamatan apabila ia kurang mengundang bahaya seperti apa yang dijangkakan.
Beribu-ribu ahli bomba dari bahagian barat Amerika seperti New York diarah ke tempat bencana dengan harapan dapat mengawal kebakaran yang sedang berada di pinggir hutan daripada menyambar bandar berdekatan.
Bakar lalang
| SEORANG warga emas tidak dapat menahan kesedihan selepas rumahnya dijilat api. |
Mereka membakar semua bahan semula jadi seperti lalang yang mudah terbakar secara terkawal daripada disambar api sedia ada yang boleh memburuk lagi keadaan.
Selain itu anggota bomba juga menimba air bagi menghalang api mara ke rumah-rumah dan kabin.
Di lebuh raya berdekatan Springerville sepanjang 3.2 kilometer, berpuluh-puluh ahli bomba sedang berusaha membakar bahan-bahan yang mudah terbakar seperti tumbuh-tumbuhan di sepanjang jalan sebagai usaha mengelakkan api dari merebak ke seberang seterusnya menghala ke bandar.
Hujan abu dengan ruang udara yang dipenuhi asap tebal memenuhi Springerville, manakala cahaya matahari sukar dilihat serta kelihatan seperti warna merah darah.
Sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi setakat ini, lima buah bangunan dilaporkan hangus terbakar.
Nasib bandar-bandar tersebut juga sukar diramal kerana tiada tanda-tanda angin akan berhenti bertiup dan hujan akan turun dalam masa beberapa hari
Aishwarya Rai hamil
| AISHWARYA RAI dan suaminya, Abhisek Bachchan. |
"Berita, Berita, Berita!!! Saya akan menjadi datuk... Aishwarya mengharapkan... Amat gembira dan teruja !!!" kata Bachchan yang menulis mesej itu di Twitter.
Rai, 37, berkahwin dengan anak Bachchan, Abhisek, 35, pada April 2007.
Pasangan itu mengharapkan anak pertama selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Bachchan berkata, dia menerima 2,843 ucapan tahniah hanya dalam tempoh setengah jam.
Semasa menulis dalam laman blog bigb.bigadda.com, Bachchan berkata, kegembiraan dan keriangan menyelubungi keluarganya. - Agensi
Porsche 911 jadi sasaran latihan menembak
| KERETRA Porsche 911 dipenuhi dengan kesan tembakan di Jamaica Plain, Massachusetts baru-baru ini. |
Beliau bertindak demikian kerana bosan dengan kerosakan enjin kereta tersebut yang kerap berlaku.
Kereta itu diberikan kepada sebuah persatuan yang dikenali sebagai Comm2A yang terletak di Jamaica Plain, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.
Hasilnya, kereta yang berwarna perak itu menerima 10,000 tembakan peluru dari 140 pucuk senjata api.
Ia diletakkan di kawasan latihan menembak dan menjadi sasaran latihan oleh ahli persatuan terbabit.
Tembakan yang datang dari beberapa mesingan dan senjata automatik menyebabkan rupa sebenar bentuk Porsche tersebut sukar dikenali.
Sebelum ini, pemilik yang tidak mahu dikenali itu dikatakan telah membelanjakan beribu-ribu dolar untuk membaiki masalah enjin dan sistem penyejukan kereta tersebut. - Agensi
p/s: Kalau dah kaya!
Bangkai haiwan misteri ditemui
| BANGKAI haiwan misteri yang ditemui oleh seorang nelayan di pantai Guangdong, China baru-baru ini. |
BEIJING - Satu bangkai haiwan misteri sepanjang 16.76 meter dan seberat 4.5 tan ditemui di tepi sebuah pantai di China, lapor sebuah akhbar semalam.
Kucing kebal : Tidak mati walaupun dihumban dari tingkat 12
| KUCING betina yang masih hidup selepas jatuh dari tingkat 12 bangunan flat di Oldbury, Britain. |
Kucing itu terbaring dengan mulut berdarah semasa anggota-anggota sebuah agensi perlindungan haiwan tiba untuk memberi rawatan selepas dihubungi seorang penduduk bagi memberitahu mengenai kejadian berkenaan .Beberapa penduduk di tingkat tiga dilaporkan mendengar bunyi haiwan itu jatuh.
Seorang pegawai agensi perlindungan haiwan itu, Susie Bailey berkata, dia percaya kucing tersebut jatuh dari tingkat 12 flat berkenaan pada 5 Jun lalu.
Namun, kucing berusia tujuh bulan itu semakin pulih tanpa mengalami sebarang kecederaan serius selepas ia jatuh sekali gus mengejutkan pegawai-pegawai agensi perlindungan haiwan.
Kucing itu dirawat di sebuah hospital haiwan di Birmingham.
Haiwan itu memakai kolar di leher yang menunjukkan ia mempunyai tuan.
p/s: Terjatuh atau dihumban????
Wednesday, June 22, 2011
PDK Selayang : Pelatih PDK Ikuti Kem Eksplorasi Minda/Mind Exploration Camp
Seramai 7 orang Pelatih PDK Selayang telah mengikuti Kem Eksplorasi Minda (Mind Exploration Camp) pada 15-16hb Jun 2011 (Rabu & Khamis) di Taman Hana Wadi Hussien, Janda Baik.
Mereka terdiri dari seramai 6 Remaja Kurang Upaya dan seorang Kanak-Kanak Kurang Upaya serta seorang kanak-kanak berumur 7 tahun yang bersama-sama mengiringi mereka.
Mereka ialah:
Mereka diiringi oleh:
Selain dari mereka berlapan, bersama mereka juga ialah seramai 2 orang remaja dari PDK Rawang dan 2 orang remaja dari PDK Hulu Kelang dan 8 orang remaja yang sama dari Salvation Army, Puchong.
Kem tersebut dijalankan oleh FR Management & Consultation yang diketuai oleh Encik Shahrin Hamid. Beliau dibantu oleh Encik Mohd Yusof Tawil dan Encik Nor Muha (seorang OKU berkerusi roda dan bermasalah penglihatan).
Mereka juga dibantu bersama oleh Puan Roseniwati, Encik Mohd Shah Rizal, Encik Khuzaifah dan Encik Khuzairi serta Encik Nizam (ketiga-tiga mereka dan Encik Nor Muha adalah dari Kajang).
Program yang bermula dari jam 9:00 pagi pada hari pertama dan berakhir pada jam 5:30 petang hari kedua padat dengan pelbagai aktiviti yang mencerna minda remaja kurang upaya akal tersebut.
Ini dibuktikan, selepas tamat program sebelah malam (barberque dan camp fire serta bermain perkusi) semua remaja tersebut tidur dengan lena sehingga dikejutkan pada esok pagi pada jam 5:30 pagi.
Kos untuk setiap peserta OKU adalah sebanyak RM215.00 dan kos untuk pengiring pula (Petugas PDK dan lain-lain) adalah RM100.00
Aktiviti yang dijalankan ialah:
Aktiviti ini disusun supaya ia bersesuaian dengan objektif kem agar setiap peserta remaja OKU ini boleh mengeluarkan kebolehan sebenar dari pemikiran mereka. Semua aktiviti adalah berdasarkan:
| Ketibaan dan Pendaftaran |
Mereka terdiri dari seramai 6 Remaja Kurang Upaya dan seorang Kanak-Kanak Kurang Upaya serta seorang kanak-kanak berumur 7 tahun yang bersama-sama mengiringi mereka.
| Nak makan kena beratur! |
Mereka ialah:
- Azharol Azri Roslan-Masalah Pembelajaran.
- Ahmad Fadil Othman-Sindrom Down.
- Beh Hong Wei-Masalah Pembelajaran.
- Norbaini Adnan-Terencat Akal.
- Hamzah Ahmad Kamal-Masalah Pembelajaran.
- Mohd Aliff Mohd Sikri-Slow Learner, dan
- Nur Farhana Jasmee-Sindrom Down, serta
- Nur Sakinah Safiah Suboh (kanak-kanak biasa)
Mereka diiringi oleh:
- Puan Alina Abdul Rahman (Ibu Nur Farhana dan juga Petugas PDK Selayang) dan
- Puan Siti Khalimah Jamil (Petugas PDK Selayang).
Selain dari mereka berlapan, bersama mereka juga ialah seramai 2 orang remaja dari PDK Rawang dan 2 orang remaja dari PDK Hulu Kelang dan 8 orang remaja yang sama dari Salvation Army, Puchong.
Kem tersebut dijalankan oleh FR Management & Consultation yang diketuai oleh Encik Shahrin Hamid. Beliau dibantu oleh Encik Mohd Yusof Tawil dan Encik Nor Muha (seorang OKU berkerusi roda dan bermasalah penglihatan).
Mereka juga dibantu bersama oleh Puan Roseniwati, Encik Mohd Shah Rizal, Encik Khuzaifah dan Encik Khuzairi serta Encik Nizam (ketiga-tiga mereka dan Encik Nor Muha adalah dari Kajang).
| Kenali alam anda |
Program yang bermula dari jam 9:00 pagi pada hari pertama dan berakhir pada jam 5:30 petang hari kedua padat dengan pelbagai aktiviti yang mencerna minda remaja kurang upaya akal tersebut.
Ini dibuktikan, selepas tamat program sebelah malam (barberque dan camp fire serta bermain perkusi) semua remaja tersebut tidur dengan lena sehingga dikejutkan pada esok pagi pada jam 5:30 pagi.
| Hang mai tengok dekat-dekat, kompom belon aku lebih besag! |
| Tangkap! atau Basah!!!! |
Kos untuk setiap peserta OKU adalah sebanyak RM215.00 dan kos untuk pengiring pula (Petugas PDK dan lain-lain) adalah RM100.00
| Ape ko belek Beh?! |
| jangan makan buah pelaga tuh! |
Aktiviti yang dijalankan ialah:
- Suaikenal.
- Mengenal persekitaran
- Rasa, Bau, Dengar, Lihat dan Alami
- Cipta dan Reka
- Tunjukkan bakat anda!
- Permainan Bocce
- Besarkah belon anda?
- Keretapi Belon
- Belon Air
- Camp Fire
- Percussion
- Morning Walk
- Mind Race Explore
- Bantu sahabat anda
- Titian persahabatan
- Video: apa yang anda tonton, apa yang anda fahami?
- Renungan: Apa yang anda dapat?
| Tak dapat pukul gendang, tepuk tangan pun ok pe! |
| Apa story? |
| "woiiii, cepatlah" panggil Beh. |
Aktiviti ini disusun supaya ia bersesuaian dengan objektif kem agar setiap peserta remaja OKU ini boleh mengeluarkan kebolehan sebenar dari pemikiran mereka. Semua aktiviti adalah berdasarkan:
"KAMI MULAKAN ANDA TAMATKAN "
dan
"ANDA FIKIRKAN ANDA LAKUKAN"
Di akhir kem, remaja OKU tersebut telah melalui satu pengalaman yang amat menakjubkan sepanjang lebih kurang 35 mereka berada di Taman Hana Wadi Hussien yang amat indah lagi menarik tersebut.
| Penyampaian sijil kem oleh Pak Habib (Abah) |
Termasuk berpeluang mandi manda di Sungai Chemperoh dengan air jernih lagi dingin yang mengalir dibelakang dapur Taman Hana Wadi Hussien.
| ggggggigggggghhh eeii, sejuknyeeeeeee...... |
| 3 Sumo wrestler |
Mandi manda.........................................
Subscribe to:
Posts (Atom)