Kepada SEMUA 2442* Penyelia & Petugas PDK;
Yang bertugas di 496* buah PDK;
Anda adalah:
Guru kepada OKU;
Cikgu kepada OKU;
Pengajar kepada OKU;
Pendidik kepada OKU;
Jurupulih (walau tak rasmi) kepada OKU;
Jurupandu (walau tak pandu kenderaan) kepada OKU;
Jurumasak (walau bukan masterchef) kepada OKU;
Jurutunjuk kepada OKU;
Juruiring kepada OKU;
Jurusuap (makanan) kepada OKU;
Jurudendang (kekadang kena dendangkan mereka) kepada OKU;
Jurutatang (yang terlebih-lebih atau melebih-lebih lah pulak) kepada OKU;
Juruarah (walau bukan berjawatan pengarah) kepada OKU;
Juru"cleaner" (bahasa baghuuu-sebab kekadang datang bukannya bersih) kepada OKU; (nasib baik xperlu guna vacuum);
Pemandu kepada OKU;
Pengasuh (bukan di PDK-siapa suruh) kepada OKU;
Penasihat (selalunya kepada keluarga) kepada OKU;
Emak/Ibu/Mama/Mami/Mak (di PDK) kepada OKU;
Ayah/Abah/Papa/Abi (di PDK) kepada OKU;
Makcik (di PDK) kepada OKU;
Kakak (di PDK) kepada OKU;
Pakcik (di PDK) kepada OKU;
Abang (di PDK) kepada OKU;
Walau apapun tugas/kerja/tanggungjawab anda di PDK;
DI UCAPKANNNNN.........:
""""""""""""""""""S E L A M A T H A R I G U R U"""""""""""""""""""""""
* = angka tak rasmi
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pusat Kanak-Kanak & Remaja Kurang Upaya) No. 7078, Jalan 12, Taman Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia Tel: +603-6127 0581, E-mail: pdkselayang@gmail.com;
Thursday, May 15, 2014
Saturday, May 10, 2014
Lawatan Pelajar Universiti Malaya SKET ke PDK Selayang 10/05/2014
Lawatan Pelajar UM SKET ke PDK Selayang 10/05/2014
10/05/2014; PDK Selayang; 8:30 am-3:00pm
Seramai 32 orang pelajar Program Khidmat Kemasyarakatan bertemakan Helping, Encouragement and Loving Project (HELP) telah melawat PDK Selayang dengan membawa pelbagai aktiviti untuk pelatih-pelatih remaja dan pelatih-pelatih kanak-kanak di Pdk Selayang.
Mereka memulakan aktiviti mereka dengan senamrobik yang bermula pada jam 9:00 am dan diikuti dengan program Mari Melukis pada jam 9:30 am selama 1 jam berikutnya, seterusnya sesi minum pagi dan diteruskan dengan sesi beramah mesra bersama-sama dan menonton latihan perkusi yang dijalankan oleh PDK Selayang yang akan membuat persembahan esoknya 11/05/2014 di Buddhist Maha Vihara, Brickfields.
Oleh kerana hujan lebat yang turun pada jam 11:30 pagi, telah merencatkan sedikit perancangan mereka yang sepatutnya melakukan kerja gotong-royong membersihkan persekitaran PDK dan ditukarkan kepada aktiviti ramah-mesra.
Selepas makan tengahari (yang ditaja oleh UM SKET) mereka mengadakan majlis penamat program dengan menyampaikan cenderahati kepada PDK Selayang dan juga sumbangan sebanyak RM500.00. Disamping itu semua pelatih dan petugas yang hadir juga menerima buah tangan juga sumbangan UM SKET.
Rombongan UM SKET berangkat pulang pada jam 3:00 petang dengan wajah keceriaan dan kepuasan setelah menjayakan program tersebut.