Sunday, December 20, 2009

Kelas Fisioterapy

Kelas Fisioterapy yang diadakan di PDK Selayang setiap hari Isnin -Jumaat dari jam 8:30-11:30 am. Dijalankan oleh Puan Daw San San. Setiap hari antara 10-15 orang OKU akan menjalani latihan pemulitan anggota ini.

Thursday, April 23, 2009

PDK Selayang merupakan sebuah pertubuhan yang tidak mengambil keuntungan yang telah beroperasi sejak tahun 1991. PDK Selayang menjalankan program Pemulihan, Pembelajaran, Latihan dan Pembangunan untuk Orang Kurang Upaya (OKU), klien utamanya ialah Kanak-Kanak Kurang Upaya dan Remaja Kurang Upaya.

Pada masa ini, terdapat seramai 97 orang klien yang terdiri dari 58 kanak-kanak, 31 remaja dan 8 dewasa kurang upaya.

PDK Selayang dijalankan oleh satu barisan Jawatankuasa seramai 15 orang yang terdiri dari ibubapa/penjaga/keluarga OKU, Pemimpin Masyarakat, Pakar Pemulihan Perubatan dan OKU itu sendiri.

Moto PDK Selayang ialah:

DARI MASYARAKAT
OLEH MASYARAKAT
UNTUK MASYARAKAT