Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Friday, December 31, 2010

Daerah Gombak perlu 6 Pusat PDK lagi pada 2011.

Daerah Gombak dengan kepadatan penduduk ketiga tertinggi di Negeri Selangor memerlukan sebanyak 6 buah Pusat PDK lagi. Kawasan yang memerlukan PDK tersebut adalah:

  1. Tasik Puteri
  2. Sungai Plong
  3. Country Homes
  4. Kuang
  5. Melawati (kawasan sekitar Kg Klang Gates), dan
  6. Gombak Batu 11 atau Batu 12.
Mungkin pada 2015 Daerah Gombak memerlukan sebanyak 20 buah PDK, siapa tahu?

Negeri Selangor perlu wujudkan 60 PDK lagi.

Negeri Selangor memerlukan sebanyak 60 buah PDK lagi menjelang 2015. Ini kerana dengan jumlah penduduk sekarang seramai 5.2 juta, menjelang tahun 2015 jumlah penduduk Selangor adalah diunjurkan mencapai 6 juta orang dengan 50% dari pertambahan tersebut adalah adalah migrasi dari negeri-negeri lain seperti Sabah dan Sarawak.

Dengan pertambahan penduduk, jumlah OKU juga turut bertambah, anggaran adalah 4% penduduk Malaysia terdiri dari OKU maka jangkaan OKU di Selangor pada 2015 adalah seramai 240,000 orang.

Jumlah OKU pada masa ini yang mendapat perkhidmatan ialah seramai 2094 orang, menjelang tahun tersebut lebih kurang 5,000 OKU akan mendaftar di PDK. Dengan purata 50 orang satu PDK maka Selangor memerlukan sebanyak 100 buah PDK pada tahun 2015 yang memerlukan pertambahan 61 buah PDK lagi.

Negeri Selangor perlu wujudkan

2094 Pelatih OKU mendapat perkhidmatan di PDK Seluruh Negeri Selangor 2010

Seramai 2094 orang OKU telah mendapat perkhidmatan di 39 PDK di Negeri Selangor pada tahun 2010. Daerah Gombak sahaja mempunyai 568 orang Pelatih PDK di 9 buah PDK, lain-lain daerah dengan Pelatih PDK nya adalah seperti berikut:


Jumlah Pelatih PDK mengikut daerah di Negeri Selangor pada 2010


191 Petugas PDK di Negeri Selangor pada 2010.

Seramai 191 orang Petugas PDK yang bertugas di 39 buah PDK di Negeri Selangor dengan taburannya seperti:


Jumlah Petugas PDK di Negeri selangor 2010

39 PDK di Negeri Selangor pada 2010

Sebanyak 39 buah PDK telah berjaya diwujudkan di Negeri Selangor sehingga 2010. Taburan PDK di setiap daerah ialah:

  1. 9 PDK di Daerah Gombak.
  2. 8 PDK di Daerah Hulu Selangor.
  3. 6 PDK di Daerah Sabak Bernam.
  4. 4 PDK di Daerah Hulu Langat.
  5. 3 PDK di Daerah Kuala Selangor.
  6. 3 PDK di Daerah Petaling.
  7. 2 PDK di Daerah Hulu Langat.
  8. 2 PDK di Daerah Kelang, dan
  9. 2 PDK di Daerah Sepang.

Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011


Selamat Tinggal 2010

2010 telah berjaya kita harungi dengan jayanya

Selamat Datang 2011





2011 telah menanti sejak 365 hari yang lalu

untuk kita harungi 365 hari lagi

Semoga kita lebih berjaya dalam 2011
Semoga kita kebih baik dalam 2011

Monday, December 27, 2010

PDK Selayang; PDK One-Stop Center untuk Negeri Selangor.

PDK Selayang telah diiktirafkan sebagai PDK One-Stop Center bagi Negeri Selangor pada Mei 2005.

Sebagai sebuah PDK One-Stop Center (PDK OSC), sebanyak 5 aspek wajib pusat sehenti perlu dibangunkan di PDK iaitu:

  1. Pusat Pendaftaran OKU.
  2. Pusat Rujukan OKU.
  3. Pusat Intervensi Awal OKU (EIP).
  4. Pusat Sumber maklumat OKU.
  5. Pusat Advokasi OKU.

Apakah PDK One-Stop Center?

Pengwujudan PDK OSC ini ialah untuk menyediakan PDK sebagai satu program yang lebih bermakna kepada OKU dan memudahkan OKU di dalam urusan, pemulihan, pembelajaran, latihan dan pembangunan bagi mereka dengan hanya di satu tempat.

PDK OSC ini mempunyai rangkaian perkhidmatan dengan menjalin kerjasama dengan lain-lain agensi Kerajaan yang mempunyai kaitan dengan perkhidmatan untuk OKU seperti Jabatan Kesihatan, Bahagian Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran dan Jabatan Tenaga Kerja.

Aspek-aspek yang dibangunkan ini mempunyai fungsi-fungsinya yang amat penting kepada OKU antaranya:

Pusat Pendaftaran OKU:
  1. Membantu Jabatan Kebajikan menjalankan pendaftaran untuk OKU.
  2. Memudahkan Ibubapa/penjaga OKU untuk mendaftarkan anak mereka dengan menyediakan 2 jenis pendaftaran untuk OKU iaitu:
    1. Borang Pendaftaran untuk OKU 0-18 tahun.
    2. Borang Pendaftaran untuk OKU 18 tahun keatas.
  3. Mengetahui dan memahami proses pendaftaran mempunyai 3 langkah penting, dengan mengikuti langkah-langkah tersebut pendaftaran untuk OKU akan lebih mudah.
    1. PENGESANAN OKU: Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk ibubapa/penjaga/ keluarga, Jawatankuasa/Penyelia PDK dan Petugas PDK serta lain-lain anggota masyarakat.
    2. PENGESAHAN OKU: Hanya dilakukan oleh Doktor bertauliah (jika kanak-kanak Doktor Paediatrik adalah lebih utama).
    3. PENDAFTARAN OKU: Dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah/Negeri di mana OKU tersebut berada/bermastautin.
Pusat Rujukan OKU:
  1. Rujukan di sini mempunyai 2 maksud:
    1. Dirujuk: menerima seseorang OKU yang dirujuk oleh samada JKM, Hospital, Klinik, BBK, lain-lain PDK, ibubapa, penjaga, keluarga dan/atau sesiapa sahaja yang merujukkan mereka ke PDK OSC.
    2. Merujuk: apabila menerima rujukan tersebut, jika PDK tidak dapat membantu atau program untuk mereka tiada di PDK OSC, PDK OSC tersebut haruslah merujukkan mereka ke tempat atau institusi yang tepat dan sepatutnya bagi memudahkan mereka.
  2. PDK OSC, samada Jawatankuasa dan Penyelia PDK mestilah mengetahui banyak tempat bagi program pemulihan, pembelajaran, latihan dan pembangunan untuk seseorang OKU tersebut.
Pusat Intervensi Awal OKU (EIP):
  1. Program Intervensi Awal ialah satu program yang biasanya dijalankan untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun yang telah di diagnos sebagai mempunyai 'specific/general developmenyal delay' atau dalam lain perkataan 'kelewatan pertumbuhan'.
  2. Ada beberapa program atau pengkhususan perlu diberi atau disediakan dalam EIP seperti:
    1. Penilaian Pelbagai Disiplin/Kepakaran:
      1. Jurupulih Carakerja.
      2. Jurupulih Pertuturan dan Bahasa.
      3. Jurupulih Anggota.
      4. Jurupulih Psikologi.
      5. Doktor-Doktor Perubatan:
        1. Doktor Paediatrik.
        2. Doktor ENT.
    2. Kaunseling dan kursus untuk ibubapa/penjaga dan keluarga.
    3. Pemulihan Carakerja.
    4. Pemulihan Pertuturan dan Bahasa.
    5. Pemulihan Anggota.
    6. Pendidikan Khas.
    7. Pemulihan Psikologi.
  3. Untuk PDK, yang mana biasanya perkhidmatan di atas terhad atau tiada langsung, mereka hanya bergantung kepada pengetahuan asas mengenai EIP atau 'tiru apa orang lain buat', tetapi ia adalah lebih baik dari langsung tidak berbuat apa-apa.
 Pusat Sumber Maklumat OKU:

  1. PDK haruslah menyediakan bahan-bahan rujukan yang boleh memberi maklumat kepada OKU, ibubapa/penjaga dan keluarga OKU, Jawatankuasa dan Petugas-Petugas PDK serta lain-lain, seperti:
    1. Buku-buku mengenai Kategori dan Jenis-Jenis Kurang Upaya.
    2. Buku-buku mengenai Pemulihan, Pembelajaran, Latihan dan Pembangunan untuk OKU.
    3. Sambungan internet untuk memudahkan usaha mendapatkan maklumat secara 'online'.
  2. Bahan-bahan tersebut mestilah mudah untuk digunakan oleh pengguna-pengguna di atas (bukan buat hiasan atau muzium-untuk ditengok, pandang dan lihat sahaja).
Pusat Advokasi OKU:

Makna Advokasi yang jelas ialah "Bercakap (Berusaha) Untuk Diri Sendiri", tetapi mungkin ramai yang mempunyai tanggapan dan terjemahan tersendiri, walau apapun yang diungkapkan itulah maknaya, tetapi yang paling penting ialah:
  1. Jawatankuasa, Penyelia dan Petugas-Petugas PDK serta lain-lain kakitangan PDK harus dan mesti memberi peluang kepada Pelatih Remaja/Dewasa OKU untuk menyuarakan sendiri pandangan, kehendak dan keperluan OKU.
  2. Mewujudkan keadaan atau sistem pemulihan, pembelajaran dan latihan kearah advokasi.
  3. Menyediakan ceramah, kursus dan latihan untuk advokasi kepada Pelatih Remaja/Dewasa OKU di PDK

JKMM berhasrat dengan wujudnya program PDK One-Stop Center ini, adalah supaya Pusat PDK dapat juga dijadikan sebagai Pusat bagi mengendali pelbagai isu OKU. Ini adalah kerana taburan Pusat PDK yang meluas dan diperingkat komuniti akan memudahkan masyarakat untuk mendapat khidmat nasihat, maklumat, khidmat rujukan untuk peroleh pelbagai perkhidmatan dan kemudahan berkaitan OKU. Peranan Pusat PDK bukan hanya sekadar pusat untuk pemulihan,pembelajaran dan latihan untuk OKU tetapi juga sebagai Pusat Sumber Maklumat, Pusat Rujukan, Pusat Pendaftaran dan Pusat Advokasi.

Tuesday, December 21, 2010

Remaja OKU dikecualikan sertai PLKN

Sebenarnya perkara ini bergantung kepada kefahaman dan pengetahuan keluarga tersebut.

Di PDK Selayang, setakat ini seramai 4 orang remaja OKU (semua lelaki) telah mendapat pengecualian dari mengikuti program tersebut sejak tahun 2007 lagi. Boleh kata setiap tahun seorang nama Pelatih OKU akan naik untuk mengikuti program tersebut.

Dalam hal ini, pehak PDK tidaklah melarang atau tidaklah menyuruh mereka pergi. tetapi bila kami terima permohonan dari keluarga yang minta anak mereka dikecualikan dari mengikuti program PLKN tersebut, kami akan membantu mereka dengan mengeluarkan surat sokongan dan rujukan dengan menyatakan penama tersebut adalah seorang OKU yang sedang mengikuti program latihan pemulihan di PDK dan menyertakan bahan bukti seperti salinan kad OKU dan salinan borang pendaftaran masuk PDK, dan keluarga tersebut akan hantarkan surat mohon pengecualian kepada JLKN.



Pehak JLKN dan PLKN tidak pernah menolak sebarang surat sokongan tersebut, Insya-Allah.

Jadi ahli keluarga OKU yang nama anak OKU mereka terpilih untuk mengikuti PLKN tak perlulah melatah dan melalut.

Sedang mendengar taklimat dari Penyelia PDK Selayang


Sedang melayani Pelatih OKU PDK Selayang ketika mereka minum pagi


Keprihatinan Pelatih PLKN


Tetapi pada masa hadapan mungkin ada OKU yang ingin mencuba "Aiman tak kesaaaaah!" siapa tahu?
KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) diberi surat pengecualian daripada menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun depan.

Surat berkenaan disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (LKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil kepada remaja terbabit, Siti Khadijah Mohd Zulkifli di rumahnya di AU3 Keramat, di sini, semalam.

Abdul Hadi berkata, pemilihan remaja untuk menyertai PLKN dibuat secara rawak iaitu dengan menggunakan komputer berdasarkan rekod remaja di Jabatan Pendaftaran Negara tanpa mengira status mereka. — Bernama

Setahun tunggu bantuan JKM?

Setahun tunggu bantuan JKM; Oleh Siti Haliza Yusop; 2010/12/20

Bekas pemandu teksi lumpuh terpaksa harap isteri hidap sakit jantung sara hidup.

SERDANG: Sudah setahun memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun sehingga kini, Ariff Omar, 61, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) masih ternanti-nanti sama ada permohonannya diterima atau tidak.

Ada beberapa persoalan disini:

  1. Adakah permohonan itu dibuat dengan hadir ke JKM atau sekadar melalui telefon sahaja. Hadir sendiri lebih baik dan mempunyai masa yang cukup untuk berbincang dengan pegawai JKM.
  2. Apakah bentuk bantuan yang diminta?, tidak dinyatakan! kadang-kadang salah permintaan juga menjadi penyebab.
  3. Kemana pergi rakan pemandu teksinya, yang tidak boleh membantu apabila memerlukan.
  4. Kenapa tidak mohon bantuan dari syarikat teksi tempat dia (En Ariff) bekerja, contohnya bantuan membawa ulang-alik ke hospital secara percuma, selain dari bantuan kewangan.
  5. Kemana hilangnya masyarakat setempat yang tidak boleh membantu anggota masyarakat, atau Puan Zaimah tidak bertanya atau tidak minta bantuan sekurang-kurang bantuan membawa suami ke hospital. Cuba gerakkan jiran tetangga dahulu untuk mereka membantu, belum cuba belum tahu, takkan satu taman atau satu kampung berhati yahudi, mungking ada seorang dua yang boleh membantu.
  6. Mungkin puan berasa malu untuk minta bantuan dari penduduk setempat/jiran tetangga/saudara mara, TETAPI JANGANLAH SAMPAI MALUKAN ORANG LAIN PULA (MUNGKIN PUAN TAK MALU UNTUK MEMALUKAN ORANG LAIN)
Ariff yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu teksi, kini terpaksa mengharapkan isterinya, Zaimah @ Maziah Nawawi, 60, sebagai pencari nafkah tunggal dan menyara keluarga mereka selepas beliau lumpuh anggota kiri badan dan tidak langsung mampu bergerak berikutan serangan strok. Tambah memeritkan, usaha Zaimah menghubungi JKM bagi mengetahui sama ada permohonan suaminya diterima, tidak mendapat layanan sebaiknya apabila panggilan dilakukan didakwa sering ditolak daripada satu pihak ke pihak yang lain. Zaimah yang juga seorang pesakit jantung berkata, beliau tidak berniat meminta bantuan JKM tetapi berbuat demikian selepas dinasihatkan rakan yang bersimpati dengan keadaannya selepas Ariff tidak berdaya melakukan apa-apa dan terpaksa dibantu walaupun untuk membersihkan diri.

“Suami mendapat kad kenal diri OKU pada Disember tahun lalu, bagaimanapun sehingga kini masih tiada jawapan membabitkan permohonan bantuan walaupun kedua-duanya dihantar kepada JKM pada waktu yang sama.

“Saya sudah letih mahu menghubungi JKM bertanyakan mengenai permohonan itu apatah lagi selepas sekali lagi disuruh mengisi borang permohonan berkenaan tanpa dimaklumkan sebabnya,” katanya ketika ditemui di sini.

Lebih memburukkan keadaan, anaknya, Ahmad Zahid, 33, yang sering membantu beliau berniaga sebelum ini, tidak lagi dapat berbuat demikian selepas saluran darahnya bengkak menyebabkan Zaimah terpaksa turun naik lebih lima kali sehari untuk membawa barang niaganya daripada kediaman yang terletak di tingkat satu.

“Memang penat apabila terpaksa menguruskan segala-galanya sendirian tetapi saya terpaksa kuatkan semangat dan terus bekerja kerana hanya itu sumber pendapatan kami,” katanya yang memperoleh kira-kira RM500 sebulan hasil daripada jualan nasi berlauk.

Jumlah yang kecil itu tidak mencukupi apabila Zaimah terpaksa membelanjakannya bagi membayar sewa rumah berjumlah RM430 sebulan dan membeli lampin pakai buang suaminya RM150 selain menjelaskan bil air, elektrik serta menampung kos teksi setiap kali terpaksa ke hospital.

“Saya cuma berharap, JKM memberi jawapan pasti sama ada permohonan suami berjaya atau tidak kerana selama permohonan dihantar, hanya saya bersusah-payah menghubungi mereka. Lagipun, permohonan itu kini sudah mencecah setahun.

“Saya mengenali seorang kakitangan JKM dan apabila diajukan kepadanya mengenai masalah ini, beliau memaklumkan akan ada individu yang datang ke rumah untuk menemubual saya, bagaimanapun sehingga kini tiada wakil JKM pernah datang,” katanya.

Mereka yang berhasrat mengurangkan beban keluarga ini boleh berbuat sumbangan dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank di atas nama Zaimah @ Maziah Nawawi bernombor 162143127182

Thursday, December 16, 2010

PKBP: Penyelaras Sombong dengan Penyelaras OK.

Hari ini 3 orang Pelatih PDK telah dihantar untuk menjalani temuduga untuk memasuki Darjah 1 di dua buah sekolah yang mempunyai Program Khas Bermasalah Pembelajaran di Selayang, dua orang di Sekolah Rendah Selayang Jaya yang telah 6-8 tahun menjalankan PKBP dan seorang di Sekolah Rendah Taman Selayang yang akan memasuki tahun kedua menjalankan PKBP.

Di sekolah pertama yang telah mempunyai pengalaman 6-8 tahun dalam PKBP Penolong Guru Besar yang juga Penyelaras PKBP sekolah tersebut belum tiba semasa wakil dari PDK Selayang iaitu Encik Mohd Syahrulikram (Jurupulih Pertuturan) dan Puan Siti Nor Azila (Jurupulih Carakerja) tiba, dan terpaksa menunggu hampir 1/2 jam. Tujuan mereka adalah untuk membuat tinjauan mengenai proses temuduga yang dijalankan di sekolah tersebut.

Apabila ia tiba (seorang perempuan ala-ala anak mamak) berkata dengan nada keras 'saya tengah rehat-rehat kat rumah, call saya untuk datang ni, awak nak tengok apa' mengajukan soalan pada mereka berdua.

Lihat itu sebagai Penyelaras PKBP sepatutnya ia ada semasa temuduga bakal pelajar, dah lah tak buat kerja, malas, culas, cengil, sombong pun ada bersarang dihatinya. Patutlah ramai parent yang mengadu tentang kelakuan Penolong Guru Besar tersebut sejak 5-6 tahun dulu lagi.

Hatinya Penyelaras PKBP tersebut mungkin tak boleh di baiki lagi walaupun di overhaul, tetapi prestasi dan prasangka parent dan orang-ramai terhadap sekolah tersebut boleh diperbaikki dengan menggantikan hati busuk aka rosak yang seketul itu.

Inikah pendidik yang kita mahukannnnnn...................!

Berbalik pada sekolah yang kedua, yang baru nak bertatih tadi, Penyelarasnya adalah dari sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Mereka disambut baik sambil menyatakan PDK dan PKBP perlu bekerjasama dan boleh bekerjasama dalam banyak bidang untuk memartabatkan pemulihan dan pendidikan untuk OKU (padahal ia tidak tahu mereka berdua adalah dari PDK).

Cerita beliau lagi semasa beliau di Kuala Lumpur, semua kategori dan semua tahap keupayaan diterima masuk ke PKBP, berbanding Selangor yang memilih yang terpilih sahaja. Banyak soalan terlindung dan soalan cepumas yang ditanyakan semata-mata untuk mempastikan OKU tersebut tak boleh masuk PKBK.

Inilah pendidik yang kita perlukan!

Gotong-Royong membersihkan Group Home.

Hari ini gotong-royong membersihkan Rumah Kelompok (Group Home) telah diadakan bermula jam 10:00 pagi, maklumlah rutin bulanan. Seramai 8 orang datang untuk bergotong-royong (yang terdiri dari Remaja OKU dan dua Petugas PDK).

Ada kerja yang perlu disambung esok, kerana hujan rahmat turun pada jam 11:20 pagi dan mengendalakan kerja-kerja yang sepatutnya siap sekitar jam 1:00 tengahari.

Karnival Jom Cari Kerja: Ada tak peluang untuk OKU.

40 syarikat sertai Karnival Jom Cari Kerja


PUTRAJAYA: Lebih 40 syarikat yang menjadi ‘pemain utama’ dalam industri perniagaan di negara ini bakal menyertai Karnival Jom Cari Kerja, Azam Kerja 1Malaysia di Kompleks Kejiranan Presint 9 pada Sabtu dan Ahad ini.

Bukan itu saja, karnival anjuran bersama Majlis Belia Kawasan Putrajaya, JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Perbadanan Putrajaya itu membuka ruang dan peluang bagi mencari pekerjaan, memulakan kerjaya selain menyertai bidang keusahawanan. Pengerusi Majlis Belia Kawasan Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata karnival itu terbuka kepada semua pengunjung dan turut membuka ruang kepada individu yang berminat membabitkan diri dalam bidang keusahawanan.

Menurutnya, walaupun golongan sasaran belia, penuntut institusi pengajian tinggi, suri rumah dan ibu tunggal di Putrajaya, tetapi pengunjung luar juga boleh mengambil bahagian. “Program yang bakal dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim itu memberi fokus penyelesaian masalah belia melalui usaha mengadakan peluang kerjaya, penempatan kerja dan penyertaan dalam bidang keusahawanan. “Program ini akan menggunakan konsep pusat sehenti,” katanya.

Adakah 40 syarikat ini memberi peluang kepada OKU untuk mendapat pekerjaan?

Pak Menteri Belia & Sukan pun tengok-tengok lah sikit Belia dikalangan Orang Kurang Upaya supaya mereka juga ada peluang untuk mendapat hak dalam pekerjaan, sekurang-kurangnya syarikat tak perlu menunggu belia yang layak (tetapi malas), yang akhirnya beri kerja pada bangla, vietnam dsb.

Kesalahan tetap Kesalahan: Tiada Diskaun untuk OKU.

Padah hantar SMS ugutan bunuh


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dihukum denda RM1,000 di Mahkamah Majistret, semalam selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan bunuh terhadap rakannya, dua tahun lalu.

Majistret Zulkipli Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Rizal Ahmad Zailan, 30, yang mengalami masalah pendengaran mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Beliau turut memerintahkan Rizal dikenakan satu bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Isterinya yang hadir pada prosiding turut menangis ketika hukuman itu dijatuhkan terhadap suaminya yang nampak tenang. Rizal yang menggunakan alat bantuan pendengaran didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Khairul Shafri Abdul Aziz, 26, dengan menghantar SMS berbunyi ‘Ahh berlagak ar tu, aku akan bunuh kau juga haha, aku datang senyap2 ar ko tunggu je ar!, kaw anak haram!’. SMS itu dihantar di sebuah rumah 494-16, Jalan Kampung Bandar Dalam, di sini, pada jam 6.45 pagi, 28 April 2008. Dia yang berkerja sebagai penghantar surat didakwa melakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tujuh tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pengajaran:

  1. Penyelia-Penyelia dan Petugas-Petugas PDK, jadikan ini satu iktibar supaya kita melatih Pelatih-Pelatih PDK dalam menjalani program program mengikuti Peraturan-Peraturan dan Undang-Undang Negara.
  2. Tetapi biasanya OKU akal (IQ bawah 70) jarang berdendam.

Wednesday, December 15, 2010

Gerakkan Besar-besaran untuk daftar OKU.

Kata-kata mak menteri untuk membuat gerakkan besar-besaran untuk mendaftarkan OKU memang disokong adan patut dipuji. Tetapi pada masa yang sama, adakah jentera yang digunakan untuk MENCARI, MENGENAL & MENGESAHKAN OKU itu benar-benar berpengalaman, atau setakat nak dapat gaji free je (ala-ala gaji buta).

Kita tak mahulah apa yang terjadi masa kempen E-Cari dahulu, yang berjaya tetapi GAGAL.

Berjaya menipiskan akaun kerajaan dengan mencari OKU yang telah berdaftar dengan JKM dan dah dapat pelbagai bantuan one-off dan bantuan bulanan, tetapi dengan kuasa politik paksa JKM beri lagi bantuan sampai ada yang dapat mengalahkan gaji pegawai N27, fuiiiiyoooooh! MEWAH TU....!
Jom kita daftar sebagai OKU, boleh dapat bantuan kottttttt!

GAGAL sebab walaupun ada sesetengah daerah yang mendapat sehingga seramai berbelas kakitangan kontrak untuk mencari OKU selama setahun, dapat elehhh ciputtt je. sebab lain ramai kakitangan kontrak tu buat kerja dalam hawa dingin (dok kat JKM buka komputer masuk internet, blogging, chating, zzzzzzing) bukan buta kerja di hawa angin, mencari secara fizikal dari rumah kerumah.

Pada masa projek E-Cari dilancarkan dah ada lebih 300 ribu OKU berdaftar, mereka jumpa adalah dalam 25,000 orang dalam setahun berbanding dengan kakitangan yang begitu ramai.

Ada lagi yang melampau, bagi banyak-banyak borang kat Ketua Kampung, lepas tu suruh Ketua Kampung buat kerja, lepas tu dia orang datang balik 3 bulan lepas tu, maklumlah makan gaji buta.
OOOOOII!!!! fikirlah skit gaji Ketua Kampung tu RM300 je sebulan, awak dapat gaji politik RM3000/=, tapi orang lain yang buat kerja.

Lepas tamat kontrak lagi skali pakai kuasa politik, suruh paksa JKM terima mereka sebagai kakitangan tetap, maklumlah sedara-mara orang politik. Yang terpilih sebab kebolehan tu Al-Hamdulillah.


ADAKAH KAKITANGAN/JENTERA BENAR-BENAR BERPENGALAMAN, TAKUT OKU TAK DIDAFTARKAN TETAPI O-KA-U YANG RAMAI AMBIL KESEMPATAN.

HANYA 338,651 OKU TERDAFTAR.

Kenyataan mak menteri pada sebuah akhbar semalam (15.12.10) menyatakan hanya 2% OKU telah didaftarkan dan mempunyai Kad OKU iaitu pada angka 338,651 orang.

Tapi yang musykil tu, 2% tu samada dari jumlah rakyat Malaysia atau 338,651 orang adalah 2% dari jumlah OKU di Malaysia.

Tetapi setalah di kalkulator kan kata Orang Melayu dan setelah dicongak-congakkan kata Mat dan Minah Saleh, dua-dua tu macam kenyataan yang tak betul je.

Sebab:

  1. Kalau 338,651 tu 2 % dari rakyat Malaysia adalah tidak tepat, 338,651/28 juta baru dekat-dekat 1.22% je, kalau tengok peratus memanglah dekat, tapi kalau dikira perbezaannya ialah hampir 200 ribu orang. Siapa laaa tu yang fail matematik.....
  2. Kalau 338,651 tu merupakan 2% sahaja kalangan OKU yang mendaftar, maknanya ada seramai 17 juta OKU di Malaysia. OOOOOOmak aiiii!!! ramainyaaaaa. Kalau semua kena bagi bantuan Malaysia akan MUFLIS DALAM TEMPOH 3 JAM JE. Sebab 62% rakyat Malaysia akan di OKU kan. Cape leeeeee yang fail matematik tu ekk.......
Itulah yang tersurat dalam akhbar kita tu semalam.

SALAH SIAPA TU.... DAN MASALAH SIAPA PULA TU....?

MASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DIFFICULTIES) BUKAN OKU.

MEMERANJATKAN!

Kebanyakkan Orang (pelajar) (kanak-kanak dan remaja) bermasalah pembelajaran mempunyai IQ (Intelligent Quotin) antara 70-85, bersamaan dengan pelajar tingkatan 5 yang mendapat SAP (Sijil Am Pelajaran) di peringkat SPM (O Level). Wow!!!

Ini berikutan lapuran dari beberapa badan OKU dari luar negara yang menafsirkan dan mengkategorikan Learning Difficulties bukan OKU bahkan mereka pandai, mereka cuma bermasalah pembelajaran tetapi mereka bukan bodoh!!!


Mengikut kajian yang diwar-warkan, OKU Akal mempunyai IQ di bawah 70, urutan dari ringan kepada teruk adalah seperti di bawah:

  1. 56-70 Mild; (Ringan)
  2. 40-55 Moderate; (Pertengahan)
  3. 25-40 Severe; (Teruk)
  4. Below 25 Profound (Kekal seadanya)
Sementara level yang diatasnya pula ialah:

  1. 70-85 Normal; (Biasa)
  2. 86-above Intteligent (Cerdas-Cerdik-Pandai dan yang sewaku dengannya).
Bersambung........

Monday, December 13, 2010

SOWPKL-Kursus Kejurulatihan Special Olympics 2010-Bocce

Seramai 5 orang peserta dari PDK Selayang yang telah mengikuti kursus di atas telah menerima sijil dari Presiden Special Olympics Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mrs Noraini Othman, Selayang CBR Supervisor as
Secretariat Volunteer and participant.
President of SOWPKL Mr Chua Poh Teong (center) and
Vice President of SOWPKL Mr Mohd Yusof Tawil.


Mrs Alina Abdul Rahman, CBR Selayang Teacher


Mrs Azizah Mohd Yunos, CBR Selayang Teacher


Mrs Siti Khalimah Jamil, CBR Selayang Teacher


Mr Mohd Shah Rizal Mah@Man CBR Selayang Teacher
Sejumlah 18 orang peserta yang terdiri dari 4 orang Penyelia PDK dan 13 orang Petugas PDK dari Daerah Gombak telah mengikuti kursus tersebut.


Mrs Suhaila Abdul Manap, CBR Hulu Kelang Supervisor.


Mrs Hajjah Sara Saari, CBR Rawang Supervisor.
Bersama-sama mereka juga seramai 45 orang peserta yang terdiri dari Penyelia-Penyelia PDK dan Petugas-Petugas PDK dari Negeri Selangor telah mengikuti kursus tersebut.





Sementara itu 2 orang peserta dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut hadir menjadikan jumlah keseluruhan ialah seramai 64 orang peserta telah mengikuti kursus Siri 1 ini.

Encik Chuah Poh Teong, Encik Mohd Yusof Tawil dan Encik Mohd Shukry Husain adalah penceramah dan fasilitator pada kursus tersebut dibantu oleh Puan Julaidah sebagai fasilitator kursus.


Group photo of the course delegates.

Kursus Siri 2 dijadualkan akan diadakan pada 21hb Januari 2011, berkemungkinan di tempat yang sama. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Penyelia PDK dan semua Petugas PDK di Negeri Selangor dan Kuala Lumpur

Saturday, December 11, 2010

Pelajar Kejururawatan KSKB memberi sumbangan bahan makanan kepada PDK Selayang.

Hasil kutipan terkumpul dari seramai 29 orang pelajar kejururawatan semester 4 Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg Buloh telah digunakan untuk membeli barangan keperluan dapur dan makanan untuk disumbangkan kepada PDK Selayang.

Group Photo b4 bye-bye
Antara barangan yang disumbangkan ialah beras, susu, minyak masak, biskut dan 3 alat bantu mengajar untuk digunakan dalan Kelas Harian EIP.

Antara barangan yang disumbangkan kepada PDK Selayang.
Baki dari belian barangan tersebut sebanyak RM60.00 juga turut disumbangan kepada PDK Selayang.

Peraturan Bermain 'Bocce'

BOCCE RULES


Instructions

Competition Standard Bocce Balls
1. Find a flat, level playing surface (packed dirt, gravel or grass are ideal). A regulation bocce court is 60 feet long and 12 feet wide.

2. Divide players into two teams of one, two or four players each. Each team gets four balls, divided equally among the players.

3. Have a player from the starting team stand behind the foul line (which is 10 feet from the throwing end of the court) and throw the small ball, or "pallina," toward the opposite end of the playing surface.

4. Let the player then throw one of the larger balls, or "bocce," trying to get it as close to the pallina as possible with/without touching it.

5. Have players from the opposing team take turns throwing their balls until one of the balls stops closer to the pallina than the starting player's ball. If they fail to do so, the starting team tries to outdo its first attempt.

6. Let the starting players take their second turn if the opposing team gets closer to the pallina than the starting team without using all of their balls.

7. Continue in this fashion until all eight balls have been thrown. The team with the closest ball gets one point for each of its balls that are closer to the pallina than the other team's closest ball.

Bocce Court
8. Keep in mind that if the two teams' closest balls are an equal distance from the pallina, no points are awarded.

9. End the frame after all eight balls have been thrown and appropriate points have been awarded. The scoring team begins the next frame. If no team previously scored, the team that threw the pallina last begins the next frame.

10. Play as many frames as needed until one team has a total score of 16 points, but its take a longer time.

11. You could reduce the score points according to you time needs.

12. You also may use the match 'best of three games/frames' for faster events.

Tips & Warnings

• Players may use their balls to knock the other team's balls away from the pallina, or to knock the pallina closer to their team's balls.




Kursus Kejurulatihan Special Olympics 2010.

PDK Selayang akan menghantar seramai 5 orang peserta ke Kursus Kejurulatihan Special Olympics 2010 anjuran Special Olympics Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 11hb Disember 2010 (Sabtu).

Kursus sehari tersebut akan bermula seawal 8:00 pagi dan akan tamat pada jam 6:00 petang, bertempat di Seri Cempaka Service Suites, Jalan Pudu Ulu, Kuala Lumpur.

Mereka akan diketuai oleh Penyelia PDK Selayang iaitu Puan Noraini Othman, mereka ialah:

  1. Puan Alina Abdul Rahman.
  2. Encik Shah Rizal Mah@Man 
  3. Puan Azizah Mohd Yunos, dan
  4. Puan Siti Khalimah Jamil.

Wednesday, December 8, 2010

Pencetus Strok

Pencetus strok, Oleh Suzan Ahmad, suzan@bharian.com.my 2010/11/21

Penghidap degupan jantung tak sekata lima kali beririko alami serangan otak

PERNAHKAH anda berdepan situasi jantung tiba-tiba berdegup kencang, berpeluh, dada merasa seperti dihimpit, pening, loya, hendak pitam, sukar bernafas dan letih tidak semena-mena. Jika ini terjadi anda mungkin mengalami masalah Fribilasi Atrial (Atrial Fribillation) atau keadaan di mana jantung berdegup secara tidak sekata iaitu terlalu pantas atau terlalu perlahan. Apa yang menakutkan, tiada tanda-tanda jelas yang boleh mengesan awal masalah Aritmia atau rentak jantung tidak sekata ini. Malah orang yang mengalaminya punya lima kali ganda kemungkinan diserang angin ahmar berbanding mereka yang tidak mengalaminya. Angin ahmar atau istilahnya serangan otak, yang dikaitkan dengan masalah FA adalah lebih serius dan dikaitkan dengan lebih banyak kehilangan upaya diri berbanding angin ahmar yang bukan disebabkan FA. Menurut Pakar Runding Kardiologi dan Presiden Majlis Stroke Malaysia, Dr Razali Omar FA berlaku apabila isyarat elektrik gagal diterima menyebabkan ruang atas jantung (Atria) berdenyut pantas dan tidak sekata. Ini menyebabkan darah memenuhi ruang ini. Memandangkan degup yang tidak sekata tadi ia gagal mengepam semua darah ke bahagian bawah jantung (Ventrikel), menyebabkan jantung gagal berdegup dengan efektif.

“Orang yang mengalami FA, punya lima kali ganda lebih mungkin menghidap angin ahmar berbanding mereka tanpa FA,” katanya ketika pembentangan kertas kerja mengenai Angin Ahmar yang dikaitkan Fribilasi Atrial sempena kempen mencegah 1 Misi 1 Juta - Mendalami Punca Strok.

Mengikut kajian, 15 juta kalangan dewasa Amerika Syarikat menderita serangan angin ahmar setiap tahun, 5 juta mati akibatnya manakala 5 juta lagi hilang upaya diri secara kekal. Keadaan ini bukan saja memberikan kesan buruk kepada keadaan kewangan negara tetapi juga membabitkan hal penjagaan.

Menurut Pakar Runding Neurologi dan Presiden Majlis Neurosains Malaysia, Dr Hamidon Basri, kajian terbaru juga menunjukkan sejumlah 5.7 juta kes angin ahmar berlaku di negara membangun seperti Malaysia disebabkan meningkatnya beban akibat kerancakan perkembangan ekonomi dan transisi epidimiologi.

“Di Malaysia, 10,000 kes baru dikesan setiap tahun di mana 50 peratus daripadanya memerlukan penjagaan sepenuh masa akibat hilang upaya diri kekal,” katanya pada majlis anjuran bersama Boehringer Ingelheim, Majlis Strok Malaysia dan Majlis Neurosains Malaysia baru-baru ini.

Jenis angin ahmar terbahagi kepada dua kategori utama iaitu Iskemia dan pendarahan. Iskemia biasanya diakibatkan oleh bekuan darah yang melekat pada salur darah (trombosis), atau oleh bekuan darah yang bebas (embolisme). Pendarahan pula boleh berbentuk pendarahan dalam otak atau di bawah membran tengah antara tiga membran di dalam otak. Hampir 80 peratus daripada semua angin ahmar diakibatkan oleh Iskemia.

Beza usia bagi mereka yang mengalami serangan otak di rantau Asia dengan bangsa kulit putih juga mengejutkan iaitu mengikut kajian, orang Asia mengalami masalah ini 10 tahun lebih awal berbanding orang kulit putih.

“Keadaan ini amat membimbangkan, ketika ia melanda populasi kulit putih pada usia lanjut, sebaliknya di Asia ia dialami peringkat umur yang masih muda dan produktif serta punya tanggungan keluarga,” katanya menambah satu lagi faktor meningkatnya jumlah angin ahmar akibat tabiat melengah-lengahkan rawatan kerana serangan tidak serius dan lebih selesa berjumpa bomoh mahupun berubat sendiri.

Bila serangan lebih serius berlaku, semuanya sudah terlambat kerana pesakit hanya punya masa tiga hingga empat jam untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Selain itu faktor tidak tahu tanda awal, tinggal sendirian, jauh dari hospital, kesesakan lalu lintas dan hospital tanpa kemudahan yang lengkap menjadi antara penghalang.

75 peratus pesakit datang lewat ke hospital, 65 peratus tidak tahu mengenai tanda awal, 78 peratus bergantung pada keluarga seperti tunggu anak balik, dapatkan pendapat lain dan sebagainya. Angin ahmar mengambil masa yang lama untuk menyerang untuk itu, pencegahan harus bermula dari peringkat awal seperti melakukan aktiviti fizikal, selain mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Info: Kenali angin ahmar dengan F.A.S.T


•Face - cuba senyum, jika sebelah muka seakan bengkok atau jatuh individu ini mungkin mengalami angin ahmar



•Arms - angkat kedua belah tangan, jika ada kesukaran dengan salah satu, ia mungkin satu petanda.

•Speech - cuba bercakap. Jika sebutannya tidak jelas atau tidak boleh bercakap, ia juga satu tanda


•Time - sekiranya mana-mana satu simptom ini muncul, hubungi 911 segera bagi memastikan pesakit tiba di hospital dengan pantas.

Cegah Angin Ahmar dengan:

•Kawal kencing manis
•Kawal tekanan darah
•Kawal tahap kolesterol
•Berhenti merokok
•Bersenam.

Lawatan Kerja Amal Pelajar Kejururawatan KSKB Sg Buloh Semester 4 2010

Seramai 29 orang pelajar semester 4 jurusan kejururawatan dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh telah datang ke PDK Selayang melakukan kerja-kerja amal sambil bermesra dengan Pelatih OKU di sini.

Sedang mendengar taklimat dari Encik Mohd Yusof
Mereka akan melakukan kerja-kerja amal mereka selama 3 hari iaitu 6, 8 dan 9hb Disember.

Sedang mendengar penerangan dari En Mohd Syahrulikram
mengenai pelatih OKU yang menjalani latihan pemulihan pertuturan
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Yusof Tawil selaku Naib Pengerusi II PDK Selayang.

Sedang beramah mesra dengan sslah seorang pelatih OKU yang
sedang menjalani latihan fisioterapi

Bersama-sama dengan beberapa pelatih OKU Kelas EIP.
Selepas taklimat mereka telah dipecahkan kepada 11 kumpulan kecil oleh Encik Mohd Syahrulikram untuk beramah mesra sambil mempelajari dan memahami pelatih OKU.

Monday, December 6, 2010

Kelas Komputer untuk Remaja dari Keluarga Miskin.

Seramai 20 orang remaja dari kalangan keluarga miskin dari unit anak yatim dan anak kurang bernasib baik berumur 10-16 tahun telah dihantar untuk mengikuti Kelas Komputer di Y2A CTC Boot Center, Selayang Prima.

Kelas komputer yang ditaja oleh Y2A CTC Boot Center ini tidak mengenakan sebarang bayaran tetapi mereka hanya perlu membawa duit belanja untuk minum pagi dan makan tengahari yang idak disediakan oleh penganjur.

Mereka telah diberi tunjuk ajar menggunakan Word Processor, M/Word, M/PowerPoint, M/Publisher, M/Axcel dan Penggunaan Internet serta E-mail.

Seramai 14 orang dari mereka telah berjaya dengan cemerlang sementara 6 dari mereka perlu mengikuti kelas ulangan.

Kelas Celik ICT untuk Ibu Tunggal/Ibu Tinggal/Wanita Miskin.

Seramai 14 orang ibu-ibu yang terdiri dari ibu tunggal/ibu tinggal dan wanita miskin dari unit ibu tunggal/ibu tinggal dan unit keluarga miskin PDK Selayang telah mengikuti kelas celik ICT yang diadakan di Y2A, CTC Boot Center, Selayang Prima.

Mereka telah mengikuti kelas ini selama 3 hari berturut-turut yang bermula pada 27, 28 dan 29hb November 2010 dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Mereka telah diajar menggunakan Word Processor, M/Word dan M/PowerPoint.

Pada hari terakhir satu ujian telah diadakan untuk mengetahui tahap kefahaman dan kebolehan mereka menggunakan komputer. 9 dari mereka telah lulus dengan cemerlang sementara 5 dari mereka perlu mengikuti kelas ulangan yang akan diadakan nanti.

Sunday, December 5, 2010

Operasi menyelamat orang kena tinggal (oleh bas yang disewa)

Satu operasi menyelamat telah berjaya dilakukan oleh unit pengangkutan PDK Selayang apabila seramai 42 penumpang bas dari PDK Taman Seri Gombak, PDK Rawang, PDK Gombak Setia dan PDK Hulu Kelang telah menurunkan mereka di tempat yang salah, pada peristiwa yang berlaku pada hari ini 5hb Disember 2010.

Mereka sepatutnya dihantar ke Bangunan SUK (Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) untuk menghadiri Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Selangor, tetapi oleh kerana berlaku kekeliruan mereka telah turun di Plaza Alam Sentral (dengan menyangkakan program diadakan di bangunan SUK 2). Untuk menyeronokkan cerita bas tersebut berlalu pergi kerana mempunyai satu trip lain, tanpa mengetahui mereka telah tersalah tempat.

Dengan menggunakan van PDK Selayang Ford Econovan tahun 1994, Puan Zuraih Jabar iaitu pemandu PDK Selayang telah mengadakan dua pusingan untuk mengambil mereka dan memastikan mereka sampai untuk bersama memeriahkan program tersebut, dengan pusingan pertama membawa seramai 18 orang dan pusingan kedua membawa 16 orang.

Untuk memudah proses penyelamatan tersebut Penyelia PDK Sri Kundang juga melalui jalan yang sama dan menjumpai sedang menunggu ketibaan van PDK Selayang. Seramai 8 orang dari mereka menumpang van PDK Sri Kundang tersebut.

Apapun, mereka semua ceria dan gembira dapat menghadiri program tersebut dan balik ke tempat masing-masing dengan bas yang sama selepas itu pada jam 1:15 tengahari.

Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Selangor

5hb Julai 2010. SUK, SHAH ALAM Sambutan ini telah diadakan dengan meriahnya sempena dan sekaligus diadakan bersama-sama Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa.

Program ini telah ditaja oleh UPEN Selangor, telah dihadiri oleh lebih dari 600 orang jemputan yang mana sebilangan besarnya adalah OKU dari PDK-PDK di Negeri Selangor. Program diadakan dengan kerjasama dari CBR Network Malaysia yang bertindak merancang dan melaksana pengisian program tersebut.

Sementara itu jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah bertindak dalam menyediakan/mengundang tetamu dan orang ramai dari PDK-PDK dan NGO-NGO.


Banyak acara telah diadakan seperti, Rhythm Dynamics oleh FR Management, Music & Movement, Face Painting, Sand Art, Simulasi sebagai orang buta dan Simulasi menggunakan Kerusi Roda, Drama, nyanyian oleh pemenang kategori solo Pertandingan Talentime Selangor, persembahan tarian dari pemenang kategori tarian berkumpulan Pertandingan Talentime Selangor dan berbagai lagi.

Seramai 53 orang telah mencuba Simulasi sebagai orang buta, manakala seramai 78 orang mencuba simulasi menggunakan kerusi roda.

Cincin Matahari Berlaku lagi.

Fenomena Cincin Matahari berlaku lagi pada hari ini, 5hb Disember 2010.

Foto 1, cahaya di sebelah kiri atas adalah pantulan dari flash kamera.

Foto 2
4 keping foto ini diambil dari Jalan Sungai Buloh Shah Alam, berhampiran Sekolah Teknik Shah Alam, dari dalam kereta sahaja.

Foto 3, mungkin kurang terang.



Foto 4, yang paling cantik, tetapi lupa buka cermin kereta
(ada tinted film)

Foto diambil pada jam 7:55 pagi ketika sedang dalam perjalanan ke SUK Shah Alam untuk menghadiri Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Selangor.

Ini merupakan kali ketiga saya menyaksikan fenomena ini yang mana kali pertama pada tahun 2006 dari rumah saya di Selayang pada waktu tengahari (tiada foto diambil kerana ketiadaan kamera), kali kedua pada tahun 2008 semasa saya di Bandar Kuching juga waktu tengahari (fotonya masih saya simpan), dan/tetapi kali ini ia berlaku pada waktu pagi pula semasa ia sedang naik.

Saturday, December 4, 2010

Latihan Stop-Drop & Roll, B4 999.


Memasang peti pertolongan cemas

PDK Selayang amat bertuah apbila menerima kunjungan dari Pengusaha Shell Rawang iairu Encik Zameer dan kakitangannya yang membawa bersama mereka seorang penceramah kebombaan.

Tujuan Encik Zameer membawa penceramah tersebut adalah untuk menunjukkan cara-cara yang betul di dalam menghadapi bencana terutamanya kebakaran. Penceramah tersebut ialah Encik Mohd Yusoff yang mempunyai lebih dari 20 tahun dalam bidang kebombaan dan ceramah beliau adalah lebih tertumpu kepada sebelum dan ketika berlaku bencana, dengan tema B4 999, beliau tidak menyentuh perkara selepas bencana kerana ia adalah tugas bomba dan penyelamat kemudiannya.

<>
Ceramah oleh Encik Mohd Yusoff

Kaedah Alternatif membawa mangsa
Menurut beliau, bencana berlaku dalam 3 peringkat iaitu:

1. Sebelum bencana,
2. Ketika bencana, dan
3. Selepas bencana.


Cara-cara menggunakan 'Fire Blanket'

Kebanyakkan latihan kebakaran (fire drill) hanya menyentuh peringkat yang ketiga iaitu selepas bencana, yang mana peringkat kemusnahan atau kehilangan nyawa telah berlaku.

Peringkat pertama atau sebelum bencana ujarnya, adalah diperingkat persediaan kita untuk menghadapi bencana yang tidak diketahui bila, ketika, apa dan keadaan bagaimana bencana yang akan berlaku.

Beberapa persediaan perlu dilakukan antaranya:

1. Latihan menghadapi bencana (kekerapan latihan adalah perlu dan lebih baik)
2. Mengetahui prosedur yang betul.
3. Menggunakan alat yang betul, baik dan berfungsi.
Kakitangan Encik Zameer sedang melayan salah seorang OKU
ketika menikmati hidangan yang dibawa bersama.
4. Penggunaan dan kaedah alternatif.
5. Bahan dan peralatan untuk menghadapi bencana.
6. Alat pengesan asap,
7. Alat pemadam kebakaran.

Manakala ceramah peringkat kedua ialah peringkat menghadapi bencana itu sendiri ketika ianya berlaku:

1. Mengelak berlakunya bencana,
2. Permulaan berlakunya bencana,
3. Masa paling kerap berlaku bencana,
4. Cara mengurangkan kemusnahan atau mengelak/mengurangkan dari berlaku kematian/kecederaan,
5. Cara-cara menyelamatkan diri.
6. Rawatan awal (untuk kecederaan ringan).
7. Cara-cara mengangkat, mengalih dan membawa mangsa ke tempat keselamatan.
8. Menghubungi pehak bomba, ambulan dan polis atau Pasukan Gerakan Am (PGA).

Peringkat ketiga adalah urusan pehak bomba.

Encik Zameer juga telah bermurah hati menyumbangkan dua peralatan iaitu

1. Peti Pertolongan Cemas.
2. Fire Blanket (selimut penahan api-memadam api pada badan)

Keluarga Encik Zameer juga hadir bersama-sama dan mereka membawa makanan dan minuman untuk semua OKU dan Kakitangan yang ada.






Friday, December 3, 2010

SELF CPR-----SELF CPR----SELF CPR

INTERESTING:


VERY Important!!

What are you to do if you have a heart attack
While you are alone.
If you've already received this,
It means people care about you.
The Johnson City Medical Center staff actually
Discovered this and did an in-depth study
On it in our ICU.
The two individuals that discovered this then did
An article on it, had it published and have had it incorporated into ACLS and CPR classes.
It is very true and has and does work.
It is called cough CPR.
A cardiologist says it's the truth
If everyone who gets this sends it to 10 people,
You can bet that we'll save at least one life.
It could save your life!

----------------------------------------
Let's say it's 6:15 p.m. And you're driving home
(alone of course), after an usually hard day on the job.
You're really tired, upset and frustrated.
Suddenly you start experiencing severe pain
In your chest that starts to radiate out
Into your arm and up into your jaw.
You are only about five miles from the hospital
Nearest your home.
Unfortunately you don't know if you'll be
Able to make it that far.
What can you do?

=======================================

Since many people are alone when they suffer a heart attack, this article seemed to be in order.


Without help, the person whose heart is beating improperly and who begins to feel faint,


Has only about 10 seconds left before losing consciousness.


However, these victims can help themselves by coughing repeatedly and very vigorously.


A deep breath should be taken before each


Cough, and the cough must be deep


And prolonged, as when producing sputum


From deep inside the chest.

A breath and a cough must be repeated


About every two seconds without let up


Until help arrives, or until the heart is felt to be beating normally again.


Deep breaths get oxygen into the lungs and coughing movements squeeze the heart and


Keep the blood circulating.


The squeezing pressure on the heart also helps it regain normal rhythm. In this way, heart attack victims can get to a hospital.


Tell as many other people as possible about this, it could save their lives!

From Health Cares, Rochester General Hospital via Chapter 240s newsletter

'AND THE BEAT GOES ON '

(reprint from The Mended Hearts, Inc. Publication, Heart Response)

BE A FRIEND AND PLEASE SEND THIS ARTICLE

TO AS MANY FRIENDS AS POSSIBLE