Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Wednesday, June 30, 2010

Pusingan Pemilihan Atlit ke Kejohanan Special Olympics Malaysia ke:2

Seramai 8 orang atlit dari 17 orang atlit dari PDK Selayang telah dipilih untuk memasuki pusingan pemilihan untuk ke Kejohanan Special Olympics Malaysia ke: 2 yang akan diadakan di Ipoh pada 5-8hb Ogos 2010 nanti.

Mereka masing-masing seorang untuk acara Bocce iaitu Atlit Ahmad Safwan Shukor;

Bagi acara Tenpin Bowling pula ialah Atlit Norbaini Adnan, Hidayah Mohd Yusof dan Beh Hong Wei;

Sementara bagi acara Atletik (trek dan padang) pula ialah Atlit Ahmad Fadil Othman, Hamzah Ahmad Kamal, Azharol Azri Roslan dan Mohd Hafeez.

Mereka semua telah menjalani latihan secara intensif di PDK Selayang dan akan mengikuti latihan pusat sepanjang Julai ini.

Sunday, June 20, 2010

Kursus Kejurulatihan Basketball di Singapura-2nd Edition

Seramai 6 orang atlit Special Olympics dari PDK-PDK Daerah Gombak akan berpeluang untuk ke Singapura bagi mengikuti kursus basketball disana pada 28hb Jun 2010 nanti.

Mereka ialah:

1. Azharul Azri Roslan dari PDK Selayang.
2. Mohd Taufiq Norsham dari PDK Selayang.
3. Muhammad Danial Azrai Zulkifli dari PDK Hulu Kelang.
4. Nur Atilla Ramli dari PDK Hulu Kelang.
5. Fasida Zakariya dari PDK Taman Seri Gombak; dan
6. akan diketahui dalam 2 hari lagi.

Mereka akan diiringi oleh 4 orang Jurulatih juga dari PDK-PDK daerah Gombak.

Disana mereka akan disertai oleh seramai 11 atlit SO dari Negeri Johor dan 8 Jurulatih mereka.

Kursus Asas Kerja Sosial Kumpulan 1 MAKPEM.

Seramai 8 orang peserta Kursus Asas Kerja Sosial Kumpulan 1 dari MAKPEM telah hadir ke PDK Selayang pada 16hb Jun 2010 (Rabu) untuk menyiapkan kerja praktikal kursus tersebut.

Mereka terdiri dari 5 orang Penyelia/Petugas PDK, 2 orang dari NGO dan seorang kakitangan JKM.

Mereka telah diberi taklimat oleh Encik Mohd Yusof selama satu jam dan 3 jam lagi menyiapkan tugasan praktikal mereka.

Seramai 3 orang Pelatih OKU telah menjadi model untuk mereka iaitu adik Mohd Danial Azrai Mohd Nizam (OKU Fizikal), adik Noor Farhana Jasmee (OKU Akal) dan adik Ruzi Hani (OKU Pendengaran).

Kumpulan dua peserta kursus ini akan datang pada pertengahan Julai manakala kumpulan 3 pula pada Ogos nanti.

PDK Outreach ke Hospital Selayang

Jabatan Psikiatrik Hospital Selayang telah mengadakan majlis graduasi kali ke lapan pesakit psikiatrik bagi mereka yang mendapat rawatan psikiatrik di hospital tersebut.

Bertempat di Auditorium Hospital Selayang wakil dari PDK Selayang iaitu Encik Mohd Syahrulikram Mohd Yasin telah mewakili PDK Selayang dalam sesi Perkongsian dengan semua tetamu yang hadir termasuk keluarga pesakit psikiatrik tersebut, kakitangan wad psikiatrik dan juga lain-lain jemputan.

Encik Syahrulikram telah berkongsi selama 1 jam mengenai program-program dan aktiviti-aktiviti PDK Selayang, kumpulan sasar PDK Selayang dan juga Program Khidmat Komuniti PDK Selayang seperti Program My-Kasih, tusyen untuk anak-anak yatim dan anak-anak kurang bernasib baik, program Writing and Reading through Journaling di Taylor' College Sri Hartamas serta lain-lain program dan aktiviti semasa.

Menjaga Bateri Laptop Anda Supaya Usia Lebih Lama.

Anda baru beli Laptop?

Semasa anda baru menggunakannya anda dapati ketahanan (masa guna) bateri laptop tersebut anda dapati menepati atau hampir 95% menepati masa guna yang tertera samada pada hardware atau dalam software laptop anda.

Biasanya antara 3-4 jam, tetapi sekarang ada yang nyatakan sejauh penerbangan dengan kapalterbang dari Kuala Lumpur ke London, 8 jam tu... Apa betulll?

Memang betul masa anda baru guna laptop tersebut sehingga selepas 3-6 bulan, tetapi selepas itu prestasinya akan menurun-menurun-menurun-menurun dan akhir sekali kong kali kong. Ada antaranya tak sampai setahunpun dan kaput....antau recycle saje leeee.

Biasanya kalau anda tanya penjual laptop mereka akan kata, wuuii yooo!!! boleh tahan 3 taun maaaa!!!

Tetapi, persoalannya..... Bagaimana ekk?

Apa yang perlu anda lakukan dan apa yang tidak boleh anda lakukan.

Biasanya kebanyakan pengguna, main belasah je, lepas tu menyungut bateri dah stat sengal-sengal, sebab yang menggunakannya kekadang sengal gak (tapi bukan semua),

Saya belajar dari kesilapan yang saya lakukan dahulu, sebab saya pun dulu sengal gakkkk, macam korang heeee.............Bateri laptop pertama saya kong dalam masa 15 bulan selepas dibeli, sebab cas penuh 40 minit, guna 15 minit je....... ape nak buat, taik kambing bulat-bulat, bukan boleh buat ubat.

Bateri laptop kedua saya (saya beli jenama yang sama, nak tau jenama apa, tanye leeee) masih ada 3 jam 20 minit masa guna walaupun dah beli hampir 2 tahun lalu, jeng jeng jeeennnggg.... haaaa ikut pemuda ini (sebab saya masih muda, takleh pakai PETUA, sebab yang untuk otai jeee)

Apa yang perlu anda lakukan DAN YANG TAK BOLEH ANDA LAKUKAN. Kalau anda nak lakukan jugak, buatjele... bukan ghete saya, ghete awak.

1. Bila beli je laptop, pastikan anda caskan bateri untuk kali pertama selama anta 6-8 jam, TAPI AWAS jangan sampai 10 jam, nanti lagi cepat nyooot.

2. Bateri tu guna masa takde karen je, kalau ada karen jangan guna bateri, CABUT BATERI guna karen terus. KAN SONANG!!!

3. JANGAN SEKALI-KALI PASANG BATERI (KALAU DAH PENUH) DENGAN KAREN SKALI. Bateri tersebut boleh dicabut tak perlu shut off laptop, tapi kalau takut rambut kerinting kena karen baik off karen dulu dan shut off laptop (keselamatan mesti diutamakan).

4. Ketika anda menyimpan bateri dalam saku beg laptop anda (atau dimana-mana pun) pastikan bateri tidak bersentuh dengan apa-apa logam (metal lah kata orang Melayu), sebab jika bersentuh dengan point bateri yang berceranggah tu, casnya akan keluar seperti macam digunakan malahan lebih cepat lagi dari digunakan pada laptop. BIASANYA bateri yang telah dicas penuh yang disimpan dengan baik (contoh dibungkus dengan plastik/kertas/kain-asal JANGAN dengan kertas timah rokok atau aluminium foil) cas bateri tersebut akan menyusut dan discas sepenuhnya dalam masa antara 60-90 hari (KALAU TAK PAKAI BEEEB, ha tu bukan KL-Ldn lagi, pusing dunia 80 kalipun bateri xabeh).

5. JANGAN PASANG BATERI PADA LAPTOP JIKA TIDAK DIGUNAKAN, sebab casnya akan keluar juga biasanya antara 7-15 hari jika anda takgunakan laptop, anda akan dapati.... nyawa bateri dah nazak (walaupun masa simpan dulu bateri penuh).

6. Cuba elakkan bateri dari terjatuh, terkena cecair penghakis seperti asid, shampoo ke, sabun ke walau air mineral sekalipun, atau terkena air liur anak anda - sebab anak anda gigit bateri tersebut (sebab nak asah gigi dia), letak tempat yang kena panas cahaya matahari, dengan dengan cellphone (handphone le) atau dekat/cantum dengan magnet.

7. Tak perlu shut off laptop, HIBERNATE je. Sebab bila anda shut off laptop, pertama anda kena ambil masa untuk on semula, MASA ON NI PALING KUAT GUNA BATERI-lebih kuat dari anda guna speaker level 100, dari masa restart dari keadaan hibernate, 10-15 saat dah boleh guna semula, dan tak banyak guna cas. APA X PECAYA KA???

Potuo ini (eh eh! POMUDO ini) ando tak dapek kek kodai mamak doh, KALAU TAK CAYO... CUBO, KALAU TAK CUBO... MANO EKAU TAUUU!

dari


eDEN (TMYZ).

Kalau tak jumpo, pi caghii kek PDK Solayang.

Peluang Latihan Kemahiran untuk Penerima My-Kasih PDK Selayang

Yayasan My-Kasih dengan kerjasama dari LPPKN Selangor dan NAWEM telah menyediakan peluang latihan kemahiran untuk Penerima My-Kasih dari PDK Selayang untuk mengikut kursus-kursus kemahiran secara percuma.

Kursus-kursus tersebut ialah:
1. Mendandan Rambut (saloon). 3 jam sehari, 5X seminggu selama 4 minggu
2. Membuat Kek (Bakery). 4 jam sehari 1X seminggu X 8 minggu
3. Masakan Tradisional (Catering), 4 jam sehari 1X seminggu X 8 minggu, dan
4. Gubahan Bunga (Kraftangan) 4 jam sehari 1X seminggu X 8 minggu

Pengangkutan pergi dan balik juga disediakan oleh pehak My-Kasih.

Majlis mengisi borang penyertaan telah diadakan di PDK Selayang pada 10hb Jun 2010, seramai 42 penerima hadir untuk mengisi borang tersebut.

Taklimat dan temuduga kesesuaian kursus telah diadakan di LPPKN Selayang (AIRIS) pada 12hb Jun 2010, dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah LPPKN.

Sunday, June 13, 2010

Koleksi Bunga Siri 1-130610

Nak bunga?

Ini adalah loleksi peribadi bunga yang diambil dari kamera digital sejak tahun 2002 lagi.
Di pe;bagai lokasi di seluruh Malaysia termasuk Gunung Kinabalu, Bukit Fraser dan di kampung halaman.

Koleksi ini akan diterbit dalam beberapa Siri,
Semua Follower boleh dan dibenarkan untuk digunakan HANYA bagi KEGUNAAN PERIBADI SAHAJA.


Ada banyak!!

Sampai tak tahu namanya!

Ada koleksi musim sejuk.

Ada koleksi musim panas.

Ada koleksi musim luruh.

Ada koleksi musim bunga.

Koleksi tak tahu musim pun ada.

Tunggu kemunculan Siri 2 tak lama lagi.

Thursday, June 10, 2010

Teddy and Friends Day Out

Seramai 40 orang kanak-kanak dari PDK Selayang (10 OKU, 10 anak yatim, 10 anak kurang bernasib baik dan 10 anak Petugas-Petugas PDK telah dijemput untuk menyertai seramai 500 kanak-kanak lagi untuk bersama-sama bergembira pada program Teddy and Friends Day Out di KLCC Convention Center pada Ahad 6hb Jun 2010 dari jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengahari.

Berbagai permainan, kuiz, mencari harta karun dan pertunjukan diadakan untuk menggembirakan semua kanak-kanak yang hadir.

Macam-macam ada.

Makanan dan minuman, ooomak aiiii!!! kalau kata tak kenyang juga...kau memang anak gergas.....iiiii?

Transport, naik bas lagi, bas Pak Ali Tawi lak tu. TQ pada organiser yang sponsor bas.

banyak hadiah dapat bawa balik. banyak sponsor, susah nak sebut, tengok kat backdrop je, baca le sendiri....

Dalam Goodie bag, banyak voucher dan kupon, yang free tukau le, takkan taknak, ....yang kena bayau he heee...

Ada batik art

ada sand art

sesi modelling/foto

mewarna, aktiviti wajib

kuiz...... alamak!!! speakang omputeh, fogedit.

Apa pun, terima kasih pada Yellow House Society of Kuala Lumpur terutama Presidennya En Law Gin Khye yang memberi peluang kepada 40 kanak-kanak dari PDK Selayang ini mengisi ruang minggu mereka. Juga kepada Untie Leenah, dan anaknya yang gebu (sorry maaa) dan Yuen May (mereka adalah AJK YHKL) yang sama turut membantu menjaga goodie bag dan barang-barang/hadiah-hadiah kanak-kanak tersebut, maklum le bebudak, kalau bermain, yang lain tu terfoget la pulak.

Pada Petugas-Petugas PDK (Encik Mohd Shah, Puan Alina, Puan Siti Khalimah, Puan Azizah) yang volunteer mengiringi mereka, Syabbas, banyak lagi peluang untuk bervolunteer, he heeee.

Lawatan dari wakil-wakil PDK Negeri Melaka

Tarikh: 4hb Jun 2010 (Jumaat)
Masa: 3:30 petang.
Tempoh Lawatan: 2 jam
Jumlah Pelawat: 8 orang.
Komposisi Pelawat: 2 Penyelia PDK, 6 Petugas PDK.
Tujuan: Berkongsi Idea dan mencari Idea baru





Foto 1: Penerangan.taklimat disampaikan oleh Puan Noraini Othman, Penyelia PDK Selayang.


Rombongan pelawat sepatutnya tiba pada jam 9:00 pagi, tetapi oleh kerana van yang mereka sewa meragam di Tol Sungai Besi, mereka lewat tiba dan terlepas peluang untuk melawat UV dan KDSM

.
Foto 2: Beramah mesra dengan seorang pelatih remaja PDK Selayang, Hamzah.

Foto 3: Dah kata baru pindah, kan. Banyak peralatan/bahan masih dalam kotak. Berbaju hitam, 2 dari 4 orang pelajar praktikal OT dari kolej masterskill.

Tidak banyak yang dapat dikongsikan, kerana PDK Selayang hanya baru 4 hari secara rasminya berpindah. Tetapi tempat baru ini amat mudah dicari, dengan hanya sekali beri petunjuk dengan h/phone, mereka yang tak pernah tiba Batu Caves/Selayang pun boleh sampai.

 Foto 4: Cenderahati dari pelawat.

Friday, June 4, 2010

Kaedah Cuci Cerek dengan coca cola atau 7up:

Kaedah Cuci Cerek dengan coca cola atau 7up:




1 - Aldelh شوفو Weshloun form and Alsabh fire or firewood

1 - Aldelh شوÙÙˆ Weshloun form and Alsabh fire or firewood

2 - Put Aldelh in a pot and pour it (Seven Up or Pepsi or Coca-Cola) are covered by Lin And leave a day or two ...

3 - Then wash as usual ............ ...

How simple and inexpensive Ashan is important young people know they are drinking, cleaning products and over time will affect a significant impact on their stomachs and Massarenem

Tetapi

            Ingat!...........

                                Hati-hati

                                               Nanti……

                                                               Kot

                                                                     Keluar pulak

                                                                                Jin cerek!!!!

Kuang-kuang-kuang…………………......................................

Peluang Pekerjaan untuk OKU dan Single Parents

Pagi semalam (Khamis-3hb Jun 2010) saya telah dihubungi oleh Mr Nesan Kandiah, Pengurus Latihan Jabatan Sumber Manusia, GCH Retail (M) -Giant.

Beliau menyatakan Giant sekarang mempunyai banyak kekosongan jawatan perlu diisi segera terutamanya di bahagian bakery outlet Giant seluruh Malaysia.

Bagi kita di Daerah Gombak terdapat beberapa beberapa peluang untuk OKU dan single parents seperti di Giant Selayang Mall, Batu Caves, Hulu Kelang, Brem Mall, Maju Junction dan Rawang.

Untuk Penyelia-Penyelia PDK merangkap Job Coach, dapatkan peluang untuk remaja dan dewasa OKU di PDK bekerja disamping membantu single parents yang memerlukan pekerjaan.

Hubungi saya seberapa segera dengan menyertakan nama, MyKAD, OKU kad, nombot telefon dan alamat mereka yang ingin mencuba bekerja di Giant seberapa segera supaya saya boleh sampaikan kepada Mr nesan untuk pengambilan segera.

Thursday, June 3, 2010

Kursus Kejurulatihan Basketball di Singapura

SO Malaysia bercadang untuk menghantar seramai 2 orang jurulatih basketball dan 4 orang atlit basketball untuk mengikuti kursus di atas.

Kursus tersebut akan berlangsung selama 4 hari dari 25 hingga 28 Jun ini.

4 atlit yang telah terpilih ialah Azharul Azri Roslan dan Muhammad Taufiq Norsham dari PDK Selayang, Nur Atilla Ramli dari PDK Hulu Kelang dan Nurul Azian Jayus dari PDK Batu Arang.

Semua yang terpilih perlu mempunyai passport antarabangsa sementara mereka juga perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk tambang pergi dan balik serta wang poket. Kos kursus adalah ditanggung oleh penganjur tetapi sedikit yuran mungkin akan dikenakan sebagai komitmen untuk pergi, jika gagal pergi denda 2 kali ganda dari yuran akan dikenakan.

Apa-apa pun kita tunggu bila Presiden SOM pulang dari mesyuarat SOI di Marakkech, Maghribi 12hb Jun nanti.

Image in Palestine-030610

Forward By: Mohd Yusof


Sent: 02/06/2010 14:14

Subject: FW: Peringatan...Tolong sebarkan. Moga Allah sahaja yang balas jasa baik kalian..

Remarks: This file was edited by me, because the original file are too big, but if you need the ori please email me at tmyzaini@gmail.com and I’ll forward it to you

Salam Sejahtera and Good Day

Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..



Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.



Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine



Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.

The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza .. this is the current situation of the innocent people in Gaza !

Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!

( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )









PLEASE PASS THIS MAIL .. LET THE WORLD KNOW

Can I Borrow RM 25?

Can I Borrow RM 25?


A woman came home from work late, tired and irritated, to find her 5-year old son waiting for her at the door.

SON: 'Mummy, may I ask you a question?'

MUM: 'Yeah sure, what it is?' replied the woman.

SON: 'Mummy, how much do you make an hour?'

MUM: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the woman said angrily.

SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'

MUM: 'If you must know, I make RM 50 an hour.'

SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down.

SON: 'Mummy, may I please borrow RM 25?'



The mother was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities.'

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The woman sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the woman had calmed down, and started to think:

Maybe there was something he really needed to buy with that RM 25 and he really didn't ask for money very often. The woman went to the door of the little boy's room and opened the door.



'Are you asleep, son?' She asked.

'No Mummy, I'm awake,' replied the boy.

'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the woman. 'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the RM 25 you asked for.'

The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you Mummy!' he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.



The woman saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his mother.

'Why do you want more money if you already have some?' the mother grumbled.

'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.



'Mummy, I have RM 50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'

The mother was crushed. She put his arms around her little son, and she begged for his forgiveness.

It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that RM 50 worth of your time with someone you love.

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.



Please don't break this, even if you only send it to one person. Thanks

Kerja-Kerja Perpindahan PDK


Kerja-kerja pemindahan peralatan dan fail-fail giat dilakukan menjelang detik terakhir untuk berpindah dari bangunan PDK lama di rumah amal cheshire sebelum dihalau dengan penyapu bila tarikh akhir tiba.

Pemindahan peralatan dibantu oleh salah seorang bapa OKU dengan menggunakan lori 3 tan pada kadar yang paling minima, iaitu kurang dari 40% dari kos sebenar jika menggunakan perkhidmatan yang lain. 10 round diperlukan untuk membawa segala peralatan PDK.

Peralatan terapi dibantu pindah oleh Fumark Corporation dari Pulau Pinang secara percuma, termasuk membukanya di bangunan lama dan memasang kembali di bangunan baru, TERIMA KASIH FUMARK.

Papan tanda PDK Selayang dibantu pindah oleh MNO Advertisement Enterprise dari Selayang Baru juga secara percuma termasuk membuka dan memasangnya kembali, TERIMA KASIH MNO.

Fail-fail PDK dan peralatan yang mudah rosak dibawa dengan van PDK, 14 round tu.

Lawatan Kerja Amal Pelajar Kejururawatan KSKB Sg Buloh.

Seramai 30 orang pelajar kejururawatan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sg Buloh telah mengadakan lawatan kerja amal ke PDK Selayang selama 3 hari dari 31hb Mei hingga 2hb Jun 2010 (Isnin-Rabu).

Kedatangan mereka memang amat tepat pada waktunya, kerana PDK Selayang amat memerlukan tenaga bagi membantu pengurusan PDK untuk membersih, mengangkat, mengubah, menyusun dan berbagai kerja lagi. Ini juga kerana PDK dengan secara rasminya telah bermula di tempat baru bermula pada 31hb Mei 2010.

Mereka telah melakukan banyak kerja sepanjang 3 hari tersebut, yang pasti telah banyak membantu dan mempercepatkan proses penyediaan kelas, tempat belajar dan menyusun serta menyimpan berbagai peralatan dan fail yang penting untuk kegunaan PDK Selayang.