Latar Belakang PDK Selayang

SEJARAH PENUBUHAN:

PDK Selayang (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Selayang) telah ditubuhkan pada 1hb Sept 1991, oleh sekumpulan ibubapa kepada kanak-kanak kurang upaya (pada masa tersebut dipanggil sebagai kanak-kanak istimewa) yang mana anak-anak mereka telah dinafikan hak untuk menerima pembelajaran wajib dari aliran perdana sekolah.

Pada 29 Oktober 2017, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang (Pertubuhan PDK Selayang) telah didaftarkan sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non-Gorvermental Asoociation-NGO) dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia Cawangan Selangor.

Bermula dengan 15 orang kanak-kanak kurang upaya kelas diadakan sekali seminggu pada setiap hari Sabtu dari jam 8:30 pagi hingga 1:00 tengahari, dengan dilatih oleh seorang Petugas PDK (panggilan Cikgu PDK pada masa tersebut) iaitu Puan Noraini Othman.

Hari ini PDK Selayang telah berkembang pesat dengan jumlah pelatih OKU PDK seramai 84 orang melalui beberapa program iaitu Kelas Harian EIP, Kelas Harian LPV, Kelas Harian Pemulihan Perubatan (Pemulihan Anggota, Pemulihan Pertuturan dan Pemulihan Carakerja), Lawatan ke Rumah dan Program Rumah Kelompok (lelaki).

Kumpulan Sasar Utama:
OKU (Orang Kurang Upaya)

Kumpulan Sasar Tambahan:
Anak-Anak Yatim, Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik, Ibu Tunggal/Ibu Tinggal, Warga Emas dan Keluarga Miskin (dari lingkungan kumpulan sasar utama)

Kelas Harian EIP:
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 8:30am-12:30pm.

Kelas Harian LPV (Latihan Pemulihan Vokasional):
5 hari/minggu; Isnin-Jumaat; 9:00am- 4:00pm.

Kelas harian Pemulihan Perubatan pula dijalankan seperti berikut:

Pemulihan Anggota:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu danJumaat; 8:30-11:30am; untuk OKU dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Sabtu & Ahad pula dikhaskan kepada OKU yang keluarganya mampu bayar penuh kos pakar (OKU dari keluarga kaya).

Pemulihan Pertuturan:
2 hari/minggu, Rabu dan Jumaat 8:30am- 12:00pm; untuk OKU dari keluarga berpendapan rendah dan miskin dan hari 2 hari dalam seminggu dikhaskan untuk OKU dari keluarga kaya yang mampu membayar kos pakar.

Pemulihan Carakerja:
3 hari/minggu; Isnin, Rabu dan Jumaat; 8:30-11:30am; untuk pelatih kanak-kanak; 2:30-4:00pm untuk pelatih remaja PDK.

Program Lawatan ke Rumah:
2 kali/minggu; Selasa (2:00-4:00 petang) dan Sabtu (9:30am-12:30pm). Berdasarkan keperluan dan persetujuan dari ibubapa/penjaga untuk kehadiran Petugas PDK di kediaman mereka.

Program Rumah Kelompok (Lelaki):
Menempatkan seramai 4 OKU yang telah bekerja. (telah ditamatkan pada Januari 2015)

Pengurusan:
PDK Selayang yang ditadbir-urus oleh Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Selayang yang mana barisan Jawatankuasa terdiri dari ibubapa/penjaga OKU, Masyarakat Tempatan dan seorang OKU

Kakitangan:
Seramai 12 kakitangan berkhidmat di PDK Selayang yang diketuai oleh Penyelia PDK iaitu Puan Noraini Othman, (sila lihat
side menu).


Friday, May 21, 2010

Jadual Tugasan Harian Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di Program Khas Bermasalah Pembelajaran

JADUAL TUGASAN HARIAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID




7:00 AM

1. Membuka kelas dan menyambut kedatangan murid.

2. Mengambil buku rekod kedatangan mengurus murid RMT.

3. Toilet training.

4. Menyediakan bahan pembelajaran.

5. Mengawal kelas dan mengatur murid mengikut kelas masing-masing.

7:30AM

1. Membantu dalam proses P&P menghantar buku rekod kedatangan rehat 20 minit (sebelum murid rehat).

9:30AM

1. (REHAT MURID) Membantu pergerakan murid sebelum, semasa dan selepas makan di kantin.

2. Membantu pengurusan diri.

10:00AM

1. Membantu dalam proses P&P.

2. Mengemas dan menyimpan alatan yang telah digunakan dalam P&P.

3. Memastikan murid pulang dengan selamat.

1:00PM

REHAT

2:00PM

1. Menyusun atur kerusi dan meja.

2. Memastikan kebersihan kelas.

3. Memastikan semua suis peralatan elektrik ditutup.

4. Memastikan pintu dan tingkap kelas ditutup dan dikunci.

5. Membantu tugas surat menyurat mengemaskini dokumen.

6. Menyediakan bahan bantu mengajar untuk persediaan P&P keesokkan hari.

4:00PM

TAMAT WAKTU KERJA

Pembantu Pengurusan Murid adalah bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar dalam tugas-tugas yang diarahkan olehnya.



Dipetik dari Tugas-Tugas Pembantu Pengurusan Murid, Bahagian Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Malaysia

TUGAS-TUGAS RASMI LAIN YANG DIARAHKAN DARI SEMASA KE SEMASA OLEH PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH.-Next Post

Perpindahan ke bangunan baru PDK bermula.

Perpindahan ke bangunan baru PDK telah bermula secara intensif. Semua peralatan yang perlu seperti peralatan terapi, alat bantu mengajar, peralatan muzik, peralatan dapur telahpun habis dipindahkan.

Rak gantung untuk meletak ABM telahpun siap dipasang didalam 4 kelas di tempat baru tersebut.

Kami cuma menunggu ketibaan cabin pejabat barulah pejabat akan dipindahkan pula.

Buat sementara sebelum ruangan dapur siap dibina semua pelatih akan makan di bawah kanopi yang dibeli untuk tujuan tersebut. Ini kerana kelulusan untuk membina dapur dan dewan PDK di tempat baru tersebut masih belum diterima lagi.

31hb Mei 2010 merupakan hari terakhir kami menyewa di bangunan lama yang telah kami duduki selama 19 tahun 8 bulan bermula dari 1hhb September 1991, dan akan bermulalah era baru di tempat baru. Ihb Jun 2010, PDK Selayang akan dengan rasminya menggunakan alamat:

PDK SELAYANG.
No. 7078, Jalan 12,
Taman Selayang Baru,
68100 Batu Caves, Selangor D. E.

Nombor telefon, fax, e-mail dan blog akan kekal sama.

Kepada semua penderma dan penyokong PDK Selayang selama 19 tahun ini diucapkan jutaan terima kasih dan warga PDK Selayang adalah mengharapkan kerjasama dengan PDK Selayang akan berterusan dan bertambah rapat.

Thursday, May 20, 2010

Gunting Rambut Amal Mei 2010

Pada hari ini Uncle Tony Ang sekali lagi membawa volunteer untuk mengadakan program gunting rambut bagi pelatih-pelatih PDK bagi bulan Mei 2010.

Seramai 11 orang pelatih telah digunting rambutnya oleh volunteer tersebut, termasuk Nurul Syazwani yang memang agak sukar untuk digunting rambutnya. hari ini dia yang pertama digunting rambutnya dan duduk diam tanpa meronta-ronta...Syabbas!

Jutaan Terima Kasih Kepada Semua Follower

Editor Blog PDK Selayang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua follower yang telah mendaftar sebagai Rakan Blog PDK Selayang.

Diharap ramai lagi individu dan banyak lagi PDK atau organisasi akan menjadi Rakan Blog PDK Selayang.

Terima Kasih.

Thursday, May 13, 2010

Program Bermalam di PDK

PDK Selayang telah mengadakan program bermalam di PDK siri 2/2010 dari 27-30hb April 2010 selama 4hari 3 malam. Seramai 7 orang pelatih remaja PDK dan 8 orang pelatih kanak-kanak PDK telah dipilih untuk mengikuti program tersebut.


Babeque, hui yooo.................mmmm.......ngap!

Seramai 6 Petugas PDK telah bergilir menemaini mereka pada setiap malam, yang mana seramai 4 orang Petugas PDK akan bertugas setiap malam.


Jalinan Kemesraan Semasa Dinner, tengok tu! periuk pun dia angkut atas meja..............

Bersama mereka juga seramai 6 orang pelajar praktikal dari Kolej Masterskill turut membantu menjayakan program.


Pelatih kanak-kanak PDK yang terpilih untuk mengikuti program tersebut.

Fenomena Alam

Fenomena Alam; Cahaya di Ufuk


Foto diambil pada 29/04/2010; 7:13pm dari belakang bangunan PDK Selayang

Program My-Kasih dikembangkan ke lain-lain PDK.

PDK Selayang merupakan Local NGO pertama (kategori PDK) yang mengadakan kerjasama dengan Yayasan My-Kasih di dalam memberi peluang kepada wanita miskin (keluarga, ibu tunggal dan ibu tinggal-yang miskin) untuk menerima bantuan pembelian bahan asas makanan untuk keluarga mereka. Seramai 49 wanita sekitar Selayang dan Batu Caves telah menerima program ini di bawah PDK Selayang. Mereka boleh membeli/mendapatkan barangan tersebut di Stesen Caltex Batu 8 Jalan Ipoh (arah Rawang) atau Giant Batu Caves.

Melalui hubungan baik tersebut Yayasan My-Kasih telah meminta bantuan PDK Selayang untuk membantu mereka kawasan-kawasan baru yang mempunyai PDK bagi mereka mengembangkan program tersebut. PDK Kelang Selatan merupakan Local NGO kedua dan PDK Lembah Pantai ketiga.

Semalam (12hb Mei 2010) satu perjumpaan antara Yayasan My-Kasih dan PDK Taman Seri Gombak, PDK Hulu Kelang, PDK Kamii Gombak Setia dan PDK Sg Buloh telah diadakan di PDK Selayang. Ianya bertujuan untuk menjadikan Local NGO (kategori PDK) seterusnya yang akan menjalankan program My Kasih ini.


Puan Sapura (Penyelia PDK Sg Buloh), Puan Hajjah Zaharah Ali (Penyelia PDK Taman Seri Gombak) dan Puan Fadhilah (Penyelia PDK Kamii Gombak Setia) sedang mendengar penerangan dari Encik Sukbinder Singh (Pengarah Operasi dan Pembangunan Komuniti Yayasan My-Kasih) dan Encik Kevin Francis Gomez (Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Masyarakat yayasan My-Kasih), di PDK Selayang.

Antara mereka yang berpeluang menyertai program My-Kasih ini ialah Petugas PDK sendiri dari kategori ibu tunggal atau ibu tunggal dan juga yang pendapatan keluarganya berada di bawah garis kemiskinan bandar. Selain itu keluarga-keluarga kepada Pelatih OKU di PDK juga berpeluang menyertainya (asalkan ianya berada dalam lingkungan yang perlu dibantu).

Selepas ini PDK-PDK di Negeri Kedah, Terengganu, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak pula akan dipilih untuk menyertai program ini.

Ada kalangan pengendali PDK yang bertanya "Apa kaitan PDK dengan program My-Kasih ini?"

Jika kita perhatikan pada huruf PDK, 'K' tersebut adalah komuniti iaitu masyarakat, jadi cuba lebarkan dan panjangkan makna masyarakat tersebut kepada yang lebih LUAS.

Di PDK Selayang, program pembangunan komuniti berjalan seiring dengan program pemulihan, pembelajaran, latihan dan pembangunan OKU yang mana di bawahnya terdapat:
1. Unit Anak Yatim;
2. Unit Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik;
3. Unit Ibu Tunggal dan Ibu Tinggal; dan
4. Unit Warga Emas.

yang merupakan program Nilai Tambah kepada PDK yang telah bermula sejak Julai 2000 lagi. Seperti ungkapan Pengerusi PDK Selayang, Dato' Prof. Ir. Dr. Haji Azhari Md Salleh 'Ini ialah program Iklan Percuma, usaha saja perlu lebih'.

Mereka yang terdenda............

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg Buloh telah menghantar empat orang pelajar jurusan X-ray ke PDK Selayang untuk membuat kerja-kerja amal dari 12-19hb Mei 2010 ini.

Sepanjang mereka berada di sini, mereka akan membantu Petugas PDK semasa kelas pada waktu pagi dan akan membantu kerja-kerja pemindahan peralatan PDK ke bangunan baru PDK.

Mereka ialah pelajar yang didenda kerana tidak hadir semasa kolej mengadakan Hari Keluarga di Hulu Yam baru-baru ini.

Tuesday, May 11, 2010

Program mengecat pagar bangunan baru PDK bersama AADK Daerah Gombak.

Pada 2hb Mei 2010 (Sabtu) AADK Daerah Gombak bersama dengan 20 orang kumpulan sasar mereka telah mengadakan program khidmat komuniti di bangunan baru PDK Selayang, bermula dari seawal jam 8:00 pagi dan tamat pada jam 1:30 tengahari.

Mereka telah melakukan kerja-kerja membersihkan (lap dan mengikis cat lama) di besi dan tembok pagar tersebut. Sebahagian dari mereka juga mengecat besi pagar yang telah dibersihkan.